Laporan Penuh: Warga Emas Kena Kurung, Didera Oleh Anak Dan Menantu…

0
5371

Seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila dilihat cedera dan lebam di seluruh badan.

Dari laporan harian Metro, wanita tersebut dipercayai didera dua anak kandung dan menantunya di Flat Desa Wawasan 1, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Wanita berusia 64 tahun itu akhirnya bertindak meminta bantuan jiran untuk melepaskan diri dengan keluar dari rumah. Jirannya terpaksa bertindak memotong kunci pintu jeriji rumah tersebut untuk menyelamatkan mangsa.

Wara emas ini hanya memakai kain batik ketika ditemui penduduk selepas dia cuba keluar melalui pintu jerisi besi rumahnya yang dikunci.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihak polis telah menerima laporan dan membantu wanita berkenaan sebelum dia dibawa menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam (HBM).

Hasil pemeriksaan doktor, mangsa didapati mengalami luka di kepala dan luka serta lebam di seluruh badan, selain dikhuatiri mengalami cedera patah lama pada anggota badan dipercayai didera.

Tiga suspek ditahan iaitu dua anak kandung serta seorang menantu perempuan.

Hasil siasatan awal, didapati mangsa tinggal bersama ketiga-tiga suspek di situ dan mereka menghadapi masalah kewangan sehingga menyebabkan mengalami tekanan.

Pihak polis berkata, mereka juga jarang makan dan keadaan mereka begitu daif daripada segala segi.

Katanya, ketika diambil keterangan mangsa mendakwa dia jatuh dan tidak dipukul oleh anaknya.

Ini komen pihak polis:

“Keadaan mangsa bagaimanapun stabil dan kini ditempatkan di HBM. Susulan itu polis menahan dua anak kandungnya masing-masing seorang lelaki dan perempuan berusia 32 dan 35 tahun serta menantu perempuannya berusia 28 tahun,”

“Siasatan lanjut yang dilakukan mendapati suspek yang juga anak mangsa kurang siuman.

“Kedua-dua anak mangsa yang tinggal bersama menantu yang juga orang kekurangan upaya (OKU) berkenaan mendapat bantuan daripada pihak zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)”

Kata polis lagi, ketiga-tiga suspek tidak bekerja dan jika kehabisan wang mereka akan mengemis.

Warga emas berkenaan akan dikurung dan dikunci di rumah ketika anak dan menantunya keluar mengemis di kawasan berdekatan.

Pihak JKM yang dimaklumkan berhubung kes ini akan meminta pihak hospital untuk membuat rawatan psikiatrik ke atas mangsa termasuk anak dan menantunya.

Mangsa yang kini dirawat di HBM mempunyai sejarah penyakit mental atau kemurungan dan dipercayai didera anaknya dengan dipukul menggunakan kayu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here