Lawak Shuk (DJ Hot FM) Tentang Insiden Pencemaran Bahan Kimia Di Johor Buat Ramai Marah

lawak kenalah berpda-pada. Itulah ungkapan paling sesuai untuk pelawak di luar sana ketika menajdi sesuatu sebagai bahan lawak. Bukan semua boleh bantai jadi bahan lawak.

Satu isu timbul apabila pelawak yang juga DJ radio Hot FM iaitu Shuk dikecam teruk gara-gara membuat lawak tentang insiden yang berlaku di Johor.

Shuk jadikan musibah yang berlaku itu sebagai bahan jenaka apabila berkata ‘kenapalah konti kita bukan dekat Johor, kalau tidak mesti dah cuti’.

Netizen yang mendengar lawak berkenaan terkejut dan melabel pelawak berkenaan sebagai seorang yang tak sensitif, tidak peka dan tak prihatin.

Shuk membuat lawak berkenaan ketika Geng Pagi Hot (Shuk, Shuib dan Fizi) telah menghubungi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bagi berkongsi perkembangan sesi persekolahan di kawasan berkenaan yang mana 111 sekolah terpaksa ditutup ekoran masalah bahan kimia tercemar sehingga ada yang kritikal.

Pada mulanya, stesen radio Hot FM telah membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf tentang insiden berkenaan.

Ini komen HOT FM:

“Merujuk kepada pengisian Geng Pagi Hot (GPH) pagi ini, kami memohon maaf sekiranya ianya menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan orang ramai.

“Kami akan terus memperbaiki penyampaian kami dan ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan para pendengar. Teguran dan sokongan anda amat kami hargai.

“Pihak Hot FM mendoakan agar semua yang terkesan berada dalam keadaan selamat dan tabah untuk menghadapi musibah ini.

Kemudian melalui laporan Hot FM, Shuk dilihat tampil membuat permohonan maaf tentang lawaknya itu.

Ini pula permohonan maaf dari Shuk:

“Saya memohon maaf sekiranya apa yang disampaikan menyinggung mana-mana pihak”

“Segala teguran saya ambil sebagai pengajaran untuk sentiasa memperbaiki kekurangan yang ada.

“Saya sentiasa mendoakan supaya semua warga Pasir Gudang berada dalam keadaan selamat dan sama-sama berharap musibah ini akan berakhir dengan kadar segera”

Sumber: Harian Metro / FB Hot FM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here