“Lebih baik bunuh saja suami saya” – Almy Nadia komen dakwaan fitnah Fizz Fairuz dicekup di hotel

Pelakon Datin Almy Nadia amat terkejut apabila suaminya jadi mangsa makcik bawang dengan tuduhan yang tak berasas.

Almy Nadi telah membuat kenyataan dan menegaskan suaminya Datuk Fizz Fairuz bukan individu bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditangkap bersama seorang wanita di Pulau Perhentian pada hari Jumaat yang lalu.

Kata Almy Nadia atau nama penuhnya, Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah, lebih baik makcik bawang yang buat mulut itu mengambil tindakan ‘membunuh suaminya’ daripada berterusan menabur fitnah kepada Fizz Fairuz.

Tambah Almy ketika kejadian itu berlaku, Fizz Fairuz sedang menjalani sesi latihan sebagai penyampai anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019).

Ini komen Almy Nadia:

“Subbahanallah aunty aunty onion a.k.a netizen puaka dunia.. syukur alhamdulilillah kerna anda semua menambah pahala suami sy.. syukur alhamdulillah.. makcik makcik bawang a.k.a netizen puaka dunia lebih baik la bunuh saja suami saya daripada anda semua menabur fitnah kepada suami saya.. skrg suami sy tgh rehesal utk mlm ni tau utk jd salah seorang penyampai anugerah dfkl hihihihi gelak besar rasa nya… tq tq so much pd kakak saya yang tersyg @rajamawar sebab bertanya kabar ini.. love u so much kakak. Pada yang lain jgn suka suki tabur fitnah tau”

Untuk pengatahun Almy dan Fizz berkahwin pada pada 2014 dan dikurniakan tiga anak iaitu Nur Afrina Arianna (4 tahun) Nur Afrina Aurora (3 tahun) dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia empat bulan.

Mereka juga seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisyah (10 tahun).

Sebelum ini ada laporan sebuah portal tentang seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ dan pasangannya antara yang ditahan dalam operasi bersepadu di Pulau Perhentian.

Lelaki berusia 40 tahun dan pasangannya berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah chalet dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi hingga 5.30 pagi itu.

Menurut sumber, serbuan dilakukan hasil maklumat awam.

Sumber: mStar / IG Almy Nadia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here