Lelaki ini akui bercinta dengan lipas bernama Lisa

0
4690

Zaman sekarang ni memang banyak perkara pelik berlaku termasuk hubungan percintaan.

Ini tentang ksiah yang agak menggelikan buat sesetengah orang apabila seorang jejaka mendedahkan bahawa dia menjalin hubungan cinta bersama seekor lipas bernama Lisa.

Hubungannya dengan lipas berkenaan berlangsung selama setahun, lama juga tu.

Jejaka dari Jepun itu bernama Yuta Shinohara berusia 25 tahun itu memberitahu lipas berkenaan diberi nama Lisa dan ianya merupakan cinta pertamanya.

Yuta juga memberitahu dia mempunyai fantasi untuk mengadakan hubungan mesra bersama Lisa. Katanya lagi, tiada gadis lain yang lebih cantik jelita seperti Lisa. Ujarnya lagi, hubungannya dengan lipas yang digelar kekasih itu dipandang serius.

Dalam satu temu bual, Yuta, yang merupakan entomophagist mendakwa bahawa dia 100 peratus serius dengan Lisa dan membelinya dari negara Afrika. Yuta juga amat percaya mereka berdua dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Lebih tragis lagi cinta mereka akhirnya berakhir dengan kematian Lisa.

Apa yang mengejutkan ialah selepas Lisa mati, Yuta mendedahkan dia bertindak telah memakan lipas berkenaan demi membuktikan cintanya.

Yuta mengambil keputusan untuk memakannya adalah kerana dia mahu Lisa menjadi sebahagian dari dirinya sehingga dia hidup dalam hatinya.

Memang lain macam kisah percintaan Yuta dengan Lisa ni. Amacam, pelik bukan.

Sebelum ini, banyak kisah percintaan yang agak janggal seperti bercinta dengan selimut sendiri dan juga bercinta dengan patung. Ada juga yang membuat keputusan pelik seperti berkahwin dengan diri sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here