Lelaki ini komen persoal bumi flat, ini respon balas Suhaimi Saad

Sedang kecoh tentang pendapat dari Suhaimi Saad yang mencabar angkasawan negara tentang fakta bumi itu sfera.

Ada seorang netizen telah menulis komen pada salah satu status Suhaimi Saad mempersoalkan dan meminta penjelasan berdasarkan carta penerbangan dunia.

Individu itu mempersoal bagaimana penerbangan ke Tokyo, Jepun ke San Francisco, Amerika Syarikat perlu melalui laluan ditunjukkan dan tidak merentas benua Afrika dan Eropah.

APA RESPON SUHAIMI SAAD?

Akan tetapi kata lelaki bernama Mazfahmi itu, Suhaimi Saad telah memberi respon dengan memblock akaunnya. Itulah respon balas dari bekas ahli kumpulan InTeam ini.

Ini komen berkenaan:

“Aku komen cmni ja kat Suhaimi Saad @mosus . Terus kena block. Hmmmm. Hampa usha la fb dia ni utk lebih lanjut.”

INI JAWAPAN SUHAIMI SAAD: tentang flat earth

Ini respon terbaru dari Suhaimi Saad di laman FB miliknya yang menggunakan nama MOSUS:

“KALAU BUMI NI RATA,
Mana hujungnya?”

Allah itu maha berkuasa.
Dia tidak ada awal mahu pun akhirnya.

Allah bisa buat apa saja.

Bukan perkara yang susah KALAU Allah mahu buat bumi tanpa hujungnya.

Lihat saja langit sebagai bumbung bumi,
Mana hujungnya,mana tiangnya?

Mengatakan bumi itu hamparan tidak salah.
Kerana itu telah disebut oleh Allah sendiri dalam banyak ayat.

Yang salah adalah,
mengatakan apa yang tidak Allah dan rasulNya katakan.
Atau mengikut dan mempercayai kata kata dan cara hidup orang yang ingkar terhadap Allah.

Biarkan aku dengan kajian dan kefahamanku.
Aku tidak paksa kalian percaya. Dan aku tidak pernah pun mengundang kalian menulis di sini

Itulah komen dari Suhaimi Saad.

INI PULA KOMEN KEDUANYA: Tentang block / delete komen

Suhaimi Saad juga ada mengatakan tentang haters yang digelarnya sebagaui lembu yang bertopengkan manusia.

KALAU RASA NAK BELAJAR,

Tahan la mata dan telinga tu.
Sabar..
Jari tu jangan laju sangat?

Kalau ss dah block dan delete,rugi la sikit.
Sebab terpaksa join haters.
Terpaksa buat akaun palsu.

Hari ni ss simpulkan,
Haters (pembenci) ni sebenarnya para munafiq dan lembu lembu yang bertopengkan manusia.
Mereka adalah orang orang yang bodoh kerana membenci sesama muslim.

Muslim itu diajar berkasih sayang dan berlapang dada.
Yang membenci muslim hanyalah musuh islam.

Demi Allah,
ss percaya bahawa tindakan block dan delete mereka adalah amalan yang diberi pahala.
In sya Allah?

Sumber: FB MOSUS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here