Lelaki menyamar jadi pilot kena tahan.. Fake pilot acah-acah filem “Catch Me If You Can”

Satu kisah menyamar jadi juruterbang (fake pilot) telah berlaku di negara jiran Indonesia.

Pihak berkuasa telah menahan seorang lelaki yang menyamar menjadi seorang juruterbang syarikat penerbangan Garuda Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Tangerang, Jumaat lepas.

Menurut laporan dari Kompas.com, lelaki bernama Alvin Adithya Darmawan ditahan pihak polis kerana cuba menyamar jadi pilot.

Ketika ditahan, Alvin lengkap memakai pakaian seragam juruterbang Garuda dan telah daftar masuk kaunter syarikat penerbangan itu pada jam 11.40 pagi.

Ketua Polis Soekarno-Hatta, Victor Togi Tambunan berkata, lelaki itu turut didapati membawa kad pengenalan anak kapal Garuda.

Polis berkata, Alvin dilihat berlegar-legar di sekitar terminal sebelum menuju ke bahagian pemeriksaan keselamatan dan penyamarannya terbongkar apabila dia bertembung dengan juruterbang Garuda, Kapten Andre yang curiga terhadapnya.

Ini komen pihak polis:

“Kapten Andre berborak dengan lelaki itu dan dia memberi jawapan yang kurang jelas. Juruterbang itu kemudian melaporkan lelaki berkenaan kepada pegawai keselamatan,”.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Soekarno-Hatta, James Hasudungan Hutajulu berkata, siasatan mendapati Alvin adalah penumpang penerbangan Garuda ke Semarang.

Ketika disiasat, Alvin memberitahu polis dia obses mahu menjadi juruterbang, namun gagal dalam permohonan jurusan itu selepas tamat sekolah menengah.

Alvin boleh berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 263 Kanun Keseksaan atas kesalahan memalsukan dokumen yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun.

Sumber – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here