Lihat komen Lisa Surihani di IG Liyana Jasmay yang tampil pakai topi

Pelakon jelita Lisa Surihani telah tampil menulis luahan hatinya apabila melihat Liayan Jasmay teruk kena hentam akibat hanya memakai topi baru-baru ini.

Ini kisah tentang Liyana Jasmay pakai topi tu: (KLIK SINI)

Isteri kepada Yusry Abdul Halim ini telah meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang terus mengkritik rakannya iaitu Liyana Jasmay kerana penampilan muslimah yang didakwa sebagai hipokrit.

Lisa berkata, nasihat yang diberikan oleh para netizen lebih dilihat sebagai satu sindiran berbanding teguran kepada Liyana Jasmay.

Satu komen telah ditulis oleh Lisa Surihani di laman Instagram milik Liyana Jasmay tentang isu berkenaan.

Ini komen Lisa:

“Kita terlalu merisaukan dosa orang lain dari dosa kita sendiri. Bila kita nampak orang lain buat benda yang mungkin kita kurang setuju, patut kita ambil sebagai iktibar.

“Doakan yang baik-baik untuk orang lain. Walau atas dasar menasihati sesama orang Islam, yang lebih nampak di sini hanya sindiran dan perli memerli”

Lisa Surihani telah meninggalkan komen tersebut di ruangan Instagram milik Liyana Jasmay pada malam Khamis.

Beberapa hari lalu, Liyana Jasmay telah menimbulkan kekecohan sedikit di kalangan netizen apabila memuat naik satu video hanya memakai topi sambil cuba menyorokkan rambutnya.

Kemudian, Liyana Jasmay sekali lagi memuat naik satu video di laman Instagram menunjukkan dia sekadar mengenakan selendang sehingga menampakkan sebahagian kecil rambut di depan ketika datang ke satu majlis pertunjukan fesyen pada hari Khamis.

Oleh itu, ada netizen mula melabel pelakon berkenaan sebagai hipokrit dalam menutup aurat.

Sementara itu, menerusi sebuah portal berita, Liyana enggan menjawab soalan yang dirasakan bodoh daripada media berkaitan isu itu.

Untuk pengetahuan, Liyana Jasmay mula mengenakan hijab pada Julai 2017.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here