Lima orang selebriti buat laporan polis terhadap usahawan

Enam orang termasuk lima selebriti tempatan telah tampil membuat laporan polis.

Ini untuk membersihkan nama kesemua mereka selepas ada dakwaan fitnah dan penyelewengan dikeluarkan oleh seorang usahawan kosmetik.

Pelakon Ezany Nizariff memberitahu, dia terpaksa berbuat sedemikian demi untuk mempertahankan dirinya setelah menyedari dirinya menjadi mangsa dan dituduh dengan pelbagai dakwaan tak masuk dek akal. Malah ada juga dakwaan dia telah buat gangguan terlampau, dan berita itu mengejutkannya.

Ezany Nizariff berkata lagi, dia sebenarnya memang kenal dan bekerjasama dengan usahawan itu sejak November tahun selain turut serta bersama-sama membangunkan syarikat kosmetik milik wanita berkenaan. Namun kini lain pula jadinya.

Ini pendedahan dari Ezany Nizariff:

“Tetapi sejak kebelakangan ini, saya mendengar pelbagai cerita buruk terhadap saya termasuk satu laporan polis yang mendakwa saya melarikan aset dan pecah amanah.

“Saya menafikan itu semua berlaku dan laporan polis ini untuk membersihkan segala tuduhan terhadap saya. Sebenarnya saya sudah tidak mempunyai kaitan dengan syarikat itu,”

Ezany berkata sedemikian ketika ditemui di Balai Polis Jalan Travers.

Ditanya tentang masalah sebenar apabila namanya dikaitkan dengan tuduhan berkenaan, Ezany Nizariff mendakwa, ia berkemungkinan berlaku selepas dia bersungguh-sungguh membangunkan syarikat kosmetik itu.

Ini jelasnya lagi:

“Mungkin dia tidak senang saya berjaya menyelesaikan pelbagai masalah timbul khususnya yang dihadapi stokis kosmetik itu,”

Ezany turut membuat laporan untuk polis menyiasat gelaran Datuk digunakan wanita itu.

Selain Ezany, turut membuat laporan polis itu adalah Farouk Hussein (pelawak), Dazrin Kamarudin (pelakon), Iszmad Harun (penyayi baru), serta Hafiz Bahari (pelakon).

Turut serta buat report polis ialah seorang bekas pekerja usahawan itu iaitu Najib Muhamad.

Dalam pada itu, Farouk Hussein turut membuat laporan polis selepas dituduh melarikan aset seperti komputer dan sebuah kereta Volvo.

“Saya pernah bekerjasama dengan usahawan ini beberapa tahun dengan menjadi duta produknya dan selepas itu, saya tidak mempunyai kaitan langsung kerana beberapa duta lain dilantik.

“Bagaimanapun, terbaru saya mendapat khabar mengatakan saya melarikan aset syarikat termasuk sebuah kereta. Sebenarnya kereta Volvo itu milik saya yang dibeli sendiri menggunakan wang sendiri,”

Kereta jenama Volvo itu pernah digunakan sebagai tarikan pemasaran ketika dia menjadi duta produk, malah mendakwa, dia turut difitnah mahu mendapatkan sejumlah besar saham syarikat.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here