Maafkan saya Datuk Siti Nurhaliza – Zizan Razak

Pelakon dan pelawak popular tanah air, Zizan Razak sebelum ini ada berkongsi video yang menunjukkan dirinya membahan dan bergurau dengan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Zizan ada berkongsi video dia melawat sebuah workshop dan menemui poster Siti dalam kedai di workshop itu dan kemudian membuat video dia pura-pura bertanya apa yang penyanyi itu lakukan di situ.

Ini videonya yang menajdi viral di laman media sosial:

Posted by Mia Kacang on Sunday, 11 November 2018

Selepas itu pada hari ini, Zizan ada memberitahu bahawa dia mengalami sakit perut lewat pagi tadi di laman IG Storynya.

“Morning dan sakit perut,” tulis Zizan di laman IG miliknya.

Bagaimanapun, tanpa disangka Zizan menerima balasan daripada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sendiri. Kata Siti, Zizan mungkin sakit perut balasan kerana mengacau poster nya di workshop tempoh hari.

“Tu la… kacau lagi kita kat workshop..rasakan penangannya” itulah respon balas dari Siti.

Susulan itu, Zizan segera meminta maaf daripada penyanyi lagu Anta Permana itu.

“Tak baik main mak esah dato, maafkan saya. Saya janji tak kacau lagi,” balas pelakon filem Polis Evo itu pula.

“Maafkan saya Siti Nurhaliza. Saya janji saya kacau lagi.. bahahahaha..!!”

Rata-rata peminat mereka terhibur dengan tekatah Zizan dan juga sikap sporting Siti Nurhaliza.

Dalam pada itu, ada juga peminat yang tampil menasihatkan agar Zizan hanya ‘mengacau’ rakan pelakon, Mira Filzah sahaja dan jangan kacau Siti Nurhaliza.

Apa-apapun,ini hanya lawak jenaka juga. Gembira melihat rakan artis saling bergurau di laman media sosial.

Foto/Instagram: Zizan Razak dan CTDK

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here