Majlis Bridal Shower Nelydia Senrose, Umum Kahwin Dengan Hafez

Pelakon popular tanah air iaitu Nelydia Senrose mengesahkan akan kahwin tak lama lagi.

Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi” ~ Itu merupakan reaksi ringkas Nelydia Senrose apabila ditanya tentang perkongsian Instagram (IG) Story (IG) termasuk yang dimuat naik saudara-mara dan kenalan rapat pelakon berkenaan yang menghadiri majlis meraikan bakal pengantin (Bridal Shower) yang dianjurkannya di sebuah hotel.

Majlis Bridal Shower itu dibuat di The Ritz-Carlton, Kuala Lumpur petang tadi.

Tak mahu mengulas lanjut tentang perkahwinannya, Nelydia Senrose berharap majlis yang dirancang kelak diberkati dan dipermudahkan.

“Insya-Allah, semoga yang dirancang (majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan) akan dipermudahkan,”

Petang tadi, netizen kecoh apabila perkongsian IG Story termasuk yang dimuat naik kenalan Nelydia Senrose yang menunjukkan pelakon itu diraikan pada majlis ‘bridal shower’, tersebar.

Ini bagai memberi isyarat Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi.

Antara kelibat yang dilihat menghadiri majlis itu termasuk kakaknya, Uqasha Senrose, adiknya, Raysha Rizrose serta sepupu, Aprena Manrose.

Apa yang menarik, majlis itu menggunakan tanda pagar hash tag “#myotherhafeznel” merujuk kepada nama kekasih Nelydia iaitu jejaka yang dikenali sebagai Hafez.

Kata Nelydia Senrose, majlis berkenaan sebenarnya bertujuan untuk meraikan teman baiknya pada acara minum petang.

Sebelum ini, Nelydia Senrose akui sudah bersedia untuk menjadi isteri dan telahpun berdoa agar jodohnya dipermudahkan ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci, tak lama dulu.

tahun leoas juga, Nelydia Senrose ada memuat naik sekeping gambar menunjukkan dirinya memakai sebentuk cincin di jari manisnya, sekali gus mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan peminat.

Nelydia Senrose kemudian akui bahawa cincin berkenaan adalah pemberian Hafez, iaitu seorang ahli perniagaan.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here