“Mama menempelak saya.. ” Sindiran ibu buat Uqasha Senrose tersentak

0
13516

Uqasha Senrose kini berdebar tatkala sedang menghitung hari untuk terbang tunaikan ibadah umrah pada hujung bulan ini.

Akui agak gementar dan takut untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci kerana tidak cukup pengetahuan dalam soal ibadah, Uqasha akui kini sedang belajar di kelas agama untuk siapkan diri ke sana.

Uqasha dan dua adiknya iaitu Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose akan mengerjakan umrah pada 26 Disember ini sehingga 7 Januari dan ini merupakan pengalaman pertamanya.

Ini jelasnya:

“Diakui, sekarang saya masih berasa gementar dan sedang bertatih perlahan-lahan mengikuti kelas-kelas agama bagi menambah ilmu tentang apa yang boleh serta tidak boleh dilakukan sepanjang berada di Tanah Suci kelak.

“Namun, Mama (panggilan untuk ibu) memberikan keyakinan bahawa apabila setibanya di sana kelak, perasaan itu akan hilang dan saya akan jatuh cinta dengan semua hal mengenai Mekah serta Madinah,”

Apabila ditanya apa yang buatkan pintu hatinya terbuka untuk mengerjakan ibadah umrah, Uqasha Senrose berkata, sindiran yang dilemparkan si ibu membuatkan dirinya tersentak.

Memang ibunya ada ajak Uqasha untuk ke Mekah tetapi sering ditolak dengan pelbagai alasan seperti kepadatan jadual kerja atau sudah mempunyai rancangan lain untuk bercuti.

Akhirnya kata-kata sindiran dari ibu ditambah dengan pujukan dari Nelydia Senrrose akhirnya ianya berjaya buka hati Uqasha Senrose.

Ini pendedahan Uqasha Senrose

“Mama menempelak saya, mengapa boleh mengumpul duit untuk ke London, Australia dan sebagainya tetapi tidak mahu jejakkan kaki ke Mekah sedangkan saya masih muda serta berkemampuan.

“Malah Nelydia juga memaksa saya mengambil cuti awal daripada jadual penggambaran sambil memberitahu, inilah masanya untuk menghabiskan masa dengan keluarga sambil beribadat bersama-sama. Lagipun umrah cuma dua minggu, jadi saya turutkan sahaja permintaan mereka,”

Selalunya kalau pergi ke Mekah, ada yang akan bertanya adakah Uqasha akan kembali berhijrah sepenuhnya.

Namun begitu, pelakon ini berpegang pada prinsip mahu berubah kerana kemahuan sendiri dan bukan sekadar untuk memuaskan hati masyarakat sekeliling.

Ini komennya tentag isu ini:

“Saya tidak mahu berubah kerana takutkan pandangan orang. Saya pernah lakukannya sekali (berhijab) dan akhirnya, ia tidak berpanjangan. Jadi, berilah peluang kepada saya untuk beribadah dengan tenang dan doakan sahaja yang baik-baik.

“Selagi apa yang saya lakukan tidak melampaui batas dan keluarga boleh menerimanya, itu sudah memadai. Jahat atau baik seseorang itu bukanlah diukur sama ada dia sudah mengerjakan umrah atau penampilan luaran. Itu hanya pandangan fizikal sedangkan yang penting adalah hati,”

Semoga segala urusan Uqasha Senrose di permudahkan olehNya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here