Mana ada orang mandi pakai baju – Hannah Delisha

Hannah Delisha merupakan pelakon yang sedang meningkat naik di Malaysia. Dengan wajah jelita pan-asia dan bakat yang hebat, Hannah Delisha sudahpun memegang beberapa watak utama dalam drama bersiri. Tetapi kali ini Hannah Delisha tampil sebagai teraju utama untuk filem pula iaitu filem seram, Langsuir.

Namun menerusi filem ini, pelakon ini ada menyuarakan kebimbangan bakal menerima kecaman gara-gara aksinya hanya berkemban tetapi Hannah Delisha menjelaskan dia terpaksa akur dengan kehendak watak tersebut.

Menurut Hannah atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, dia sudah mengadakan perbincangan bersama pengarah, Osman Ali tentang babak berkenaan supaya babak tersebut tidak menyinggung sensitiviti penonton.

Ini kenyataan pelakon berumur 21 tahun dari Singapura ini:

“Sebenarnya saya sudah berbincang dengan pengarah untuk babak berkemban semasa mandi dan ketika hampir menjadi mangsa rogol, jadi kita buat keputusan untuk menutup sedikit bahagian tubuh dengan kain.

“Memandangkan ketika itu babak sedang mandi, jadi memang kena berkemban dan kalau fikirkan secara logik tak ada orang mandi pakai baju. Wanita zaman dahulu pun mandi berkemban dengan kain!”

Ketika ditanya tentang watak Suri dalam filem Langsuir, Hannah Delisha berkata bagi menghidupkan karakter tersebut dia mengambikl beberapa pendekatan agar ianya lebih realistik. Antara caranya ialah dengan mendengar lagu klasik dan belajar bertutur dalam bahasa melayu baku.

“Untuk mendapatkan mood dan mengekalkan karakter, saya dengar muzik daripada tiupan seruling dan gamelan. Saya juga ada mendengarkan beberapa buah lagu dalam dialek Jawa dan perlu bertutur dalam bahasa baku bagi mendapatkan feel klasik itu. Tiada cabaran sepanjang penggambaran, cumanya saya kena berkaki ayam di kawasan berbatu. Alhamdulillah, semuanya berjaya dilakukan tanpa sebarang kesukaran”

Selain Hannah Delisah, Langsuir turut dibintangi oleh pelakon hebat Syafiq Kyle, Firdaus Nadxaman, Julia Farhana, Daaim Jailani, Shahkimin, Nazri John dan Halim Radzi.

Filem seram romantik ini bakal menemui penonton dipawagam bermula 20 September ini. Kepada peminat filem seram, jangan lupa tonton ye.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here