Mawar Rashid Pula Buat Servis Ucapan Macam Janna Nick, Hanya RM20 Sahaja

0
2911

Nampaknya servis buat ucapan selamat hari lahir berbayar oleh para artis mula jadi trending di laman meia sosial. Ianya mula dibuat oleh pelakon Janna Nick dengan menawarkan servis ucapan dengan hanya RM50.

Servis ini nampaknya menerima pelbagai reaksi dari orang ramai dan juga netizen. Ada yang mengkritik dan ada jug ayng menyokong usaha Janna Ncik untuk cari duit poket.

Setelah menjadi viral, kini seorang lagi artis turut menawarkan servis yang sama. Pelakon cantik Mawar Rashid dilihat telah memperkenalkan pakej yang sama dengan harga lebih murah iaitu RM20 berbanding bayaran RM50 yang dikenakan oleh Janna Nick.

Kata pelakon berumur 23 tahun ini, dia mengikut jejak langkah Janna Nick kerana menganggap servis tersebut sangat menarik untuk dilakukan selain mendapat permintaan yang amat tinggi.

“Memang saya ikut cara Janna melakukan perkhidmatan tersebut kerana menganggap idea itu kreatif dan bagus. Bagi saya, ini juga adalah salah satu cara untuk peminat muncul dalam Instastory saya. Perkhidmatan ini sangat-sangat menarik dan dengan cara ini saya dapat hargai peminat-peminat”

Tambah Mawar atau nama penuhnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia langusng tak mengambil peduli dengan kecaman orang ramai untuk buat servis ini kerana yang paling utama adalah niatnya yang betul. Baginya perkhidmatan tersebut juga antara cara untuk dia mencari rezeki.

“Saya abaikan kecaman dan ambil yang positif. Asalkan niat betul, tu yang paling penting. Lagipun, saya rasa dengan cara ini juga dapat mencari rezeki.

“Tapi dengan harga murah daripada Janna. Bayaran yang dikenakan Janna itu agak tinggi. Macam saya hanya RM20 sebab pengikut di laman sosial saya pun lebih rendah daripadanya.

“Bagi saya, bayaran pakej saya itu berpatutan dan peminat mampu untuk bayar Instastory yang sekejap sahaja”

Sebelum ini, Janna Nick telah dikecam hebat oleh sesetengah netizen kerana membuat servis berkenaan dan ada mengatakn ianya seperti mengambil kesempatan ke atas peminat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here