Mufti minta lelaki jumpa duit RM20 ribu dalam pakaian bundlle, pulangkan semula

0
20866

Semalam telah viral di media sosial selepas peniaga kedai bundle menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen yang bersamaan dengan RM20 ribu duit Malaysia.

Lelaki berkenaan telah berkongsi kegembiraan itu di status Facebooknya itu berjaya mendapat perhatian netizen termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Kata mufti berkenaan, wang itu harus diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.

untuk pengetahuan, peniaga berkenaan menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin. Dia turut terkejut apabila menemui wang berkenaan jam 8 malam selepas menemui beg duit warna hitam di dalam kot.

Namun, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.

Ini komen Mufti:

“Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dahulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal. Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik.

“Orang yang menemui tidak boleh menggunakan wang itu kerana ia bukan haknya.

Menurut beliau lagi, wang berkenaan jika ditemui di Kelantan harus diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.

Sumber : Harian Metro / Oh Bulan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here