Muka Andi Bernadee dilabel seiras macam watak Suneo dalam cerita ‘Doraemon’

0
4107

Penyanyi sedang meningkat naik, Andi Bernadee dilabel seiras macam watak Suneo dalam cerita ‘Doraemon’.

Namun apabila perkara ini menajdi bualan ramai, Andi Bernadee tampil memberi respon.

Walaupun digelar seperti Suneo, namun Andi Bernadee tak cepat melatah dan tidak terasa hati dengan usikan peminat yang menyamakan rupanya dengan Suneo iaitu salah satu watak dalam siri kartun popular dari Jepun, Doraemon.

Kata penyanyi berumur 28 tahun ini, dia sudah terbiasa dengan panggilan nama itu dan lumrah masyarakat yang gemar berjenaka mengenai perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

Ini respon balas Andi Bernadee:

“Saya pernah dengar orang kata muka macam Suneo dan memanggil saya dengan nama itu, tapi saya okay sahaja, tak terasa hati pun… biasalah tu!

“Orang Malaysia ini memang suka bergurau dan mengusik, panggilan nama Suneo tu pun comel sahaja. Ada juga yang panggil saya Bebi, Donde, Dame Solo Una dan lain-lain.

“Panggillah apa gelaran sekalipun, saya okay saja asalkan nama itu tidak membawa maksud buruk,”

Andi Bernadee berkata sedemikian ketika ditemui semasa pelancaran video muzik (MV) lagu terbaharu berjudul Donde yang diadakan di TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

Sehingga ke hari ini, MV lagu Dondee menerima hampir tiga juta tontonan dan menjadi trending di laman Youtube sejak dilancarkan pada 10 April lalu.

Tentang muzk video lagu Dondee itu, Andi Bernadee amat terharu dengan sokongan dan komen positif penonton.

Ini komennya:

“Alhamdulillah, ramai memberikan komen positif dan saya rasa usaha keras selama ini cukup berbaloi.

“Saya akui ada juga yang mengecam dan sebagainya… tapi saya anggap itu perkara biasa sebagai anak seni, tak semua orang suka apa kita buat,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here