Mulut Penuh Ulser, Rambut Mula Gugur – Keadaan Terkini Elyana Selepas Radioterapi

0
6864

Penyanyi Elyana baru saja menjalani rawatan radioterapi untuk melawan penyakit kanser yang sedang dialaminya. Walaupun sedang berjuang dengan penyakitnya itu, Elyana masih boleh tersenyum dan kelihatan ceria.

Yang terkini, bekas peserta Gegar Vaganza ini ada berkongsi pengalamannya selepas menjalani rawatan radioterapi.

Elyana bercerita tentang apa yang berlaku kepadanya setelah jalani rawatan menerusi siaran langsung di IG. Jelas penyanyi berusia 31 tahun itu lagi, dia mengalami kesan sampingan disebabkan rawatan itu.

“Selesai sahaja rawatan ini, mulut saya dipenuhi ulser dari bahagian dinding pipi sehinggalah ke tekak. Pada masa sama, saya susah nak makan dan minum”

“Radioterapi itu sangat panas, jadi kulit saya terbakar, hitam, kusam dan rambut mulai gugur dan berminyak. Dinding pipi saya ni rasa macam ‘bergerigi’ dan macam pecah. Kebiasannya dinding pipi ni licin, tapi skrg saya rasa sangat berbeza”

Sementara itu, Elyana masih boleh tersenyum dan berterima kasih kepada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kesihatannya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. Semoga doa-doa ini jugalah kembali kepada anda, ada juga yang buat solat hajat, terima kasih banyak-banyak”

Apapun semoga Elyana terus kuat semangat untuk berjuang dan kembali sihat.

Sumber: Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here