NASA sahkan dua objek asteroid lintasi Bumi Isnin depan

0
8929

Kalau berbicara tentang hentaman asteroid sudah tentu ramai yang takut dan mahu dielakkan. Semua tahu, impak hentaman asteroid atau batu meteor juga pasti membawa kesan kemusnahan yang teruk di kawasan yang terkena.

Jika dilihat menerusi beberapa filem yangberkisar tentang hentaman asteroid, sudah tentu orang ramai akan berasa gentar.

Sebelum ini, memang kecoh tentang adanya batuan angkasa yang dinamakan 2002 NT7, tetapi kali ini ada timbul pula kisah tentang asteroid 2016 AZ8.

Pihak NASA telah mengesahkan asteroid ia akan melintasi bumi pada Isnin. Asteroid berkenaan bersaiz 430 meter, ia bakal melalui bumi dan bulan, pada jarak 2.8 juta batu.

Ini cerapan foto dua objek itu yang melintasi bumi.

Setelah pakar astronomi membuat cerapan, mereka mendapati ia turut hadir bersama sebuah lagi objek gergasi.

Menurut pihak yang membuat kajian berkenaan, mereka percaya batuan angkasa itu memiliki saiz lebih besar daripada Piramid Giza.

Namun begitu, kata pihak NASA, objek berkenaan tidak akan membawa sebarang ancaman terhadap manusia dan planet bumi.

Kata mereka lagi, tidak dapat dibayangkan bagaimana impaknya jika ia menghempas ke bumi kerana saiznya yang agak besar juga.

Sebelum ini, telah timbul satu laporan yang memberitahu bahawa asteroid yang diberi nama 2002 NT7 dikatakan bakal memasuki bumi pada kelajuan pada kelajuan 60,000 kilometer sejam.

Menurut perkiraan, ia berkemungkinan bakal menghentam bumi pada 1 Februari.

Akan tetapi, ramalan mengenai asteroid 2002 NT7 itu ditarik serta-merta oleh pihak NASA, sekaligus ianya menimbulkan keraguan dan tanda tanya orang ramai.

Dalam kemas kininya yangterbaru, NASA berkata ia bakal melalui planet bumi dan tidak akan ada sebarang perlanggaran berlaku.

Sumber oleh – Daily Star

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here