Nelydia sepatutnya kahwin dengan Hafiz tahun lepas, tapi ini yang berlaku..

Nelydia Senrose telah mendedahkan bahawa dia sepatutnya menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Hafiz pada tahun lepas.

Akan tetapi ada satu punca utama yang menyebabkan dia menangguh perancangan berkenaan.

Baca komen Nelydia Senrose tentang hal ini:

“Sebenarnya, saya merencana untuk menamatkan zaman bujang tahun lalu. Namun begitu, perancangan terbabit tak menjadi dan terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kerja.

“Pada penghujung tahun pula, saya sudah sibuk dengan persiapan untuk mengerjakan ibadah Umrah bersama keluarga dan berlepas ke Tanah Suci Mekah.

“Saya terfikir, mungkin juga masanya belum tiba, sebab itu perancangan terbabit tidak menjadi kenyataan.

“Ketika mengerjakan ibadah Umrah baru-baru ini, saya juga ada berdoa agak urusan perkahwinan saya dipermudahkan tahun ini. Insya-Allah, saya bakal meneruskan perancangan berkahwin pada tahun ini,”

Nelydia Senrose berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sambutan ulang tahun penyanyi tersohor iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza #SitiGolden40th di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada hari Sabtu.

Berbicara lanjut tentang hal berkenaan, Nelydia Senrose tak mahu mendedahkan tarikh tertentu tentang bila dia bakal mengakhiri zaman bujang

Katanya lagi, setelah semuanya diracangan dengan teliti dan sudah confirm, barulah dia akan memaklumkannya kemudian.

Ini komen dari Nelydia lagi:

“Saya sendiri tak berani nak cakap bila. Insya-Allah, jika persiapan sudah dilakukan sebanyak 80 peratus, barulah saya berani untuk berkongsi berita gembira itu.

“Saya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik untuk saya agar semuanya dipermudahkan,”

Nelydia kini sedang dilamun cinta dengan Hafiz yang merupakan seorang ahli perniagaan dan khabarnya seorang jutawan muda.

Namun tentang status jutawan itu, Nelydia Senrose pernah berkata dia tak tahu menahu tentang hal berkenaan.

Sumber: AWANI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here