Netizen buat spekulasi, ini respon Nazim Othman setelah bekas isteri Bella Dally bertunang

0
17200

Apabila berita pertunangan pelakon cantik Bella Dally dengan seorang ahli perniagaan bernama Arif disahkan, ramai yang mengatahakan pelakon ini sudah move on dari kisah rumah tangga nya dengan bekas pelakon Nazim Othman.

Ramai juga nak tahu apa pula komen Nazim tentang pertunangan Bella Dally dengan Arif.

Di laman IG Nazim, ada yang mula membuat spekulasi seperti mengatakan lelaki yang kini tunang Bella itu mempunyai status kekayaan dan sebab itu Bella tinggalkan Nazim.

Tidak hanya berdiam diri, pelakon ini tampil memberi respon balas tentang perkara berkenaan.

Nazim yang kini sudah berumur 35 tahun telah menjawab satu komen dari seorang followernya dan meminta netizen sentiasa berprasangka baik dan menerima ketentuan Allah.

Ini respon Nazim Othman tentang isu ini:

“Tak baik berprasangka, jodoh ditentukan Allah… Saya gembira untuk dia dan saya percaya Allah juga ada rancangan yang baik untuk saya,”

Nazim membalas komen netizen yang memberi tanggapan buruk terhadap hubungan bekas isterinya itu dengan Arif.

Pada hari Rabu yang lepas, Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28, mengesahkan sudah bertunang dengan seorang ahli perniagaan pada 12 Januari lalu.

Pasangan berkenaan telah pun merancang untuk berkahwin pada tahun ini, namun belum ada tarikh yang spesifik ditetapkan oleh mereka.

Sebelum ini, Bella Dally pernah berkahwin dengan Nazim Othman pada 10 September 2016. Namun begitu, jodoh merek atak lama dan pasangan ini mengumumkan perpisahan pada 2 Mei 2018 iaitu selepas dua tahun melayari bahtera rumah tangga.

Sepanjang perkahwinan, pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Semoga segala urusan Bella Dally untuk bernikah dipermudahkan dan semoga Nazim Othman dapat menemui cinta barunya kelak.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here