Netizen Persoal Sambut Krismas, Ini Penjelasan Nora Danish

Kerana memuat naik gambar ketika perayaan Krismas beberapa hari lalu, pelakon popular Nora Danish dikritik teruk oleh netizen tanpa sebarang usul periksa yang mana ada dakwaan mengataan kononya pelakon ini menyambut hari Krismas.

Ada netizen yang mempersoalkan kenapa Nora Danish sebagai seorang Muslim harus menyambut Krismas dan seakan mengagung-agungkan tradisi yag diraikan oleh penganut agama Kristian.

Tidak mudah melatah dan menjawab persoalan yang diajukan, Nora membalas komen berkenaan dengan tenang. Jelas Nora, beliau hanya sekadar menjemput kawan-kawannya untuk jamuan makan malam dan sambutan hari jadi.

Ini komen Nora Danish:

Nora turut memberi pesanan kepada netizen tersebut supaya jangan terlalu negatif lebih-lebih lagi dalam hal seperti ini.

Sebagai pengajaran, jangan lah kita mudah membuat tuduhan tanpa sebarang usul periksa nanti diri sendiri yang malu.

Apapun, kita di Malaysia yang mempunyai pelbagai agama dan kaum, haruslah menghormati budaya dan sambutan agama antara satu sama lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here