Noor Nabila, isteri Sharnaaz Ahmad pula tampil luah perasaan..

Sebelum ini kita hanya dapat lihat pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa yang terbuku di hatinya melalui beberapa entry. Walaupun tidak ada penjelasan yang tepat, namun ianya telah timbulkan spekulasi hubungan dengan isterinya, Noor Nabila seperti ada masalah dan dilanda badai.

Hari ini, nampaknya, semakin hangat spekulasi tentang rumah tangga kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila dengan pelakon Juvana itu.

Melalui laman IG miliknya, Noor Nabila ada memuat naik kata-kata peringat kepada wanita dan jika diterjemahkan apa yang tersurat, seorang wanita bukan ibarat tempat pemulihan yang ditugaskan untuk memulihkan seorang lelaki yang dibesarkan dengan cara dan keadaan yang teruk.

Dari luahan hatinya itu, katanya, wanita memerlukan teman bersama yang saling melengkapi dan bukannya nak ada projek.

Rata-rata para netizen mengandaikan kata-kata itu seakan ditujukan untuk suaminya apatah lagi ada menyebut tentang pasangan atau partner.

Dalam pada itu, Noor Nabila turut beberapa kali meluahkan rasa hatinya di laman IG story miliknya. Antaranya berbicara tentang insan yang toksik dan bercerita tentang orang yang bersikap narsistik.

Ada juag luahan Nabila berbunyi seperti ini; “You will never understand the damage you did to someone until the same thing is done to you”

Begitu mendalam juga maksud disebalik segala luahan hati Noor Nabila ini.

ini antara kata-kata dari Noor Nabila:

Jika dilihat di laman IG, kedua-dua pasangan ini sudah jarang memuatnaik gambar bersama dan lebih selesa untuk memuat naik foto anak mereka Jebat Jayden di akaun Instagram sejak akhir-akhir ini. Apapun, sehingga kini, tiada penjelasan secara rasmi tentang keadaan mereka dari kedua belah pihak.

Sumber: Ig Noor Nabila

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here