“Orang tidak tahu apa yang saya lalui..” – Mia Ahmad

Pelakon drama Hati Perempuan iaitu Mia Ahmad membuat luahan rasa hati apabila rumah tangga nya telah di uji ketika ini. Kata Mia Ahmad, dia akan sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangganya bersama penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Mia atau Shamiha Ahmad Baderi yang sudah berumur 30 tahun, berkata, dia akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menjernihkan kembali keadaan.

Ini luahannya:

“Hanya Allah, saya, suami dan dia (wanita didakwa curang dengan suaminya) yang tahu kebenarannya. Saya akan lakukan apa sahaja diperlukan untuk menyelamatkan rumah tangga saya”

pada masa yang sama, Mia Ahmad berkata, dia tak kisah dengan apa juga pandangan atau cakap-cakap orang lain terhadapnya. Ini kerana katanya, dia yang membenarkan orang lain bercakap tentang dirinya selain sedar akan akibatnya.

“Anda boleh cakapa apa sahaja yang dan mahu kerana saya tahu saya yang membiarkan anda bercakap. Dan saya juga tahu apa yang saya lakukan dan akibatnya. Orang tidak tahu apa yang saya lalui. Mereka tidak rasa apa yang saya rasa”

Mia Ahmad sebelum ini ada memberi gambaran seolah-olah perkahwinannya dengan Izham sedang dilanda masalah dan turut bertindak memadam semua gambar suaminya di laman media sosial Instagram.

Izham Tarmizi sebelum ini telah tampil dan menepis dakwaan kononnya dia berlaku curang selepas sepasang kekasih membuat tuduhan tersebut yang disifatkannya sebagai berniat jahat.

Katanya, sehingga saat ini dia tidak mengetahui apakah motif pasangan itu menuduhnya curang sedangkan dia tidak pernah mengenali wanita yang juga kekasih lelaki tersebut.

Untuk pengetahuan, pasangan ini berkahwin pada 13 Januari 2017 selepas setahun berkenalan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada 28 September lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here