Pak Guard akhirnya beri kenyataan apa yang berlaku.. Sedih kena tumbuk, terajang dengan pelawak itu..

0
11123

Seorang pengawal keselamatan atau pak guard, telah dipukul oleh seorang pelawak popular, dan insiden itu menjadi viral semalam.

Pak guard berkenaan bernama Yahya Manap yang cedera apabila ditumbuk, ditendang dan dibaling batu oleh seorang pelawak terkenal dalam satu kejadian di Taman Acacia, di Nilai, Negeri Sembilan.

Pakcik Yahya, yang berusia 70an bekerja sebagai pak guard di taman perumahan (Taman Acacia) menajdi tumpuan ramai ekoran kes itu. Kata pakcik Yahya, berkenaan menyifatkan perbuatan selebriti lelaki berusia 49 tahun itu sebagai hadiah menyambut ulang tahun kelahirannya, semalam.

Akibat ditumbuk dan ditendang selebriti berkenaan, Yahya cedera pada hidung, bengkak di muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.

Menceritakan kejadian, Yahya berkata, ketika bertugas dia menyedari kereta Proton Perdana dipandu pelawak berkenaan mengekori rapat sebuah kereta seorang penduduk dan memasuki kawasan perumahan tanpa kebenaran.

Ini komen pakcik Yahya:

“Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu. Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu,”

“Saya pelik dengan tindakan lelaki itu. Lalu naik motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran terlebih dulu. Namun, sebaik tiba di depan sebuah rumah, saya lihat dia sedang bertengkar dengan penghuni itu dan beredar.

“Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menendang motosikal saya.

“Saya cuba memberi penjelasan, tetapi dia menumbuk muka saya tiga kali dan menendang pinggang. Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi”

Yahya berkata, bimbang keadaan bertambah tegang dia membuka palang keselamatan dan pelawak itu mengugutnya sebelum beredar.

Berikutan itu, Yahya telah membuat laporan di Balai Polis Nilai pagi semalam dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Pakcik Yahya berkata, sebenarnya dia tidak kenal siapa yang menyerangnya itu namun ada penduduk memaklumkan lelaki terbabit adalah pelawak popular sekitar 1990-an.

Ini komenya lagi:

“Siapa pun, dia tidak sepatutnya cederakan orang lebih berusia seperti saya.

“Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kecewa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf datang jumpa mereka,”

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Acacia, Noor Hisham Yaacob, berharap polis menjalankan siasatan telus dan mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, artis sepatutnya menunjukkan sikap yang baik, tetapi sebaliknya berlaku apabila tergamak membelasah dan menendang pengawal keselamatan yang menjalankan tugas.

Katanya, secara peribadi pihak polis memang mengenali Yahya yang mesra dipanggil Pak Ya sebagai seorang yang baik hati dan peramah dengan penduduk.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here