Pak guard tidak puas hati Lan Pet-Pet kena denda RM2000, jika ikutkan hatinya nak saman RM3 juta..

Pengawal keselamatan Yahya Manap atau Pak Ya (68 tahun) meluahkan rasa tidak berpuas hati kerana Lan Pet-Pet hanya dikenakan denda sebanyak RM2,000 ekoran kes pukul yang terjadi ada 6 April lalu.

Pak Ya berkata, dia amat terkejut apabila mendapat tahu jumlah denda yang dikenakan terhadap Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad hanyalah RM2 ribu.

Apatah lagi, katanya, kecederaan yang dialaminya dalam kejadian itu agak teruk juga sehingga sakit badan dan tidak dapat bekerja beberapa hari.

Ini komen Pak Ya: (via Utusan / Kosmo)

“Denda cuma RM2,000. Pakcik yang kena bedal (pukul) ini apa cerita. Pinggang masih sakit sampai sekarang akibat ditendang. Maruah pakcik yang tercemar apabila dia cakap persatuan penduduk ambil pengawal bodoh bagaimana pula?

“Pakcik kena bedal sampai diberi cuti sakit (MC) selama tiga hari kemudian terpaksa sambung cuti lima hari lagi,”

Pak Ya berkata lagi, dia dan keluarganya dalam proses melantik peguam bagi mengemukakan saman malu ke atas Lan Pet Pet dan jika diikutkan hatinya mahu menyaman pelakon tersebut sebanyak RM3 juta.

Namun begitu, katanya, dia akan serahkan urusan saman itu kepada peguam yang telah dipilih oleh menantunya.

Hari ini, pelawak popular tanah air, Lan Pet-Pet didenda RM2,000 oleh mahkamah selepas mengaku salah atas pertuduhan memukul seorang pengawal keselamatan di Acacia Park Desa Jati di Nilai pada 6 April lalu.

Pelawak berkenaan dipercayai bertindak demikian selepas ditegur oleh pengawal keselamatan itu kerana tidak membuat catitan dalam buku pelawat semasa memasuki kawasan perumahan itu.

Sumber – UTUSAN ONLINE / KOSMO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here