Pakaian pelik pengacara karpet merah Academy Award.. memang lain macam…

Pengacara karpet merah Anugerah Akademi ke-91 iaitu Billy Porter menjadi bualan hangat oleh orang ramai yang mengikuti rancangan berkenaan.

Pelakon, penyanyi dan pengarah ini telah mencuri perhatian apabila tampil dengan gaya yang lain dari yang lain serta amat luar biasa iaitu gaun tuxedo. Ianya merupakan gabungan kain skrit dan memakai tuxedo.

Daily Mail melaporkan ramai bintang terkenal terkejut dengan penampilannya itu termasuk aktres Glenn Close yang ketika itu sedang menunggu untuk ditemubual.

Malah pemilihan gaun tuxedo itu menjadi viral di laman sosial apabila ramai bercakap mengenainya selain menganggap Billy adalah pemenang utama pada acara berprestij itu.

Gaya kedua Billy ketika menghadiri parti pasca Anugerah Akademi anjuran majalah Vanity Fair.

“Dia adalah pemenang utama… Tindakannya tampil dengan fesyen sebegitu adalah berani,” kata seorang netizen

Katanya, pakaian itu direka khas untuk Billy, 49, oleh Christian Siriano. Penampilan fesyen pelik itu bukan luar biasa bagi Billy kerana dia memang terkenal dengan gayanya yang unik apabila menghadiri acara karpet merah.

Apabila ditanya tentang kenapa dia pakais ebegitu, ini komen dari Billy Porter:

“I’ve always been inspired by fashion. My grandmother, my mom—they were always stylish. I grew up loving fashion, but there was a limit to the ways in which I could express myself.”

“I felt alive. I felt free. And open, and radiant. And beautiful! Which has not always been the case for me. I haven’t always felt so good about myself. It really is astonishing how much of an effect clothes have on your spirit.”

Itulah penjelasan Biily kepada majalah Vogue

Sumber: mStar / Vogue

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here