Pelik!! Lelaki kantoi jilat loceng rumah jiran.. Apa punya perangai

Satu kejadian yang agak pelik dan creepy telah berlaku di negara Amerika Syarikat (USA).

Satu video CCTV berjaya menangkap rakaman perangai dan tingkah laku pelik seorang lelaki menjilat loceng pintu rumah jirannya. Dan lebih pelik kejadian telah berlaku lebih kurang selama tiga jam.

Rakaman video CCTV itu memperlihatkan lelaki Roberto Daniel Arroyo begitu teruja dengan loceng rumah jirannya di kawasan perumahan mereka yang terletak di Salinas, California.

Pihak polis cuba menjejaki lelaki itu yang mensasarkan rumah keluarga Dungan pada malam Tahun Baru.

Ketika kejadian, pasangan itu tiada di rumah tetapi dua anaknya sedang tidur tanpa menyedari ada sesuatu yang menyeramkan berlaku di pintu rumah mereka.

Jurucakap dari Jabatan Polis Salinas memberitahu ABC7: “Kami sangat terkejut dengan imej itu yang begitu jelas, kita tak mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti individu tersebut.

Roberto Daniel Arroyo yang sudah berumur 33 tahun, juga dirakam kencing di taman depan rumah dan mengalihkan satu kabel ‘extension’.

Tuan rumah, Sylvia Dungan berkata dia berasa bimbang dengan pengalaman itu tetapi mengaku lega kerana tiada perkara lain yang lebih buruk berlaku.

Sylvia Dungan berkata kepada media: “Kamu rasa macam nak ketawa selepas itu kerana, secara teknikal, dia tidak membahayakan sesiapa pun, dia tidak merosakkan apa-apa.

“Apa yang berlaku semata-mata mengukuhkan betapa pentingnya keselamatan dalam rumah.”

Pasangan itu menambah mereka juga memastikan loceng pintu itu dibersihkan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa juga berkata Arroyo juga dipercayai telah menceroboh beberapa rumah lain pada malam itu.

Dikatakan Roberto Daniel Arroyo boleh didakwa kerana mungkin terlibat dan melakukan kecurian kecil.

Sumber- TheSun . mStar

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here