“Pelik ramai yang dislike..” – Aliff Syukri

Aliff Syukri satu nama yang amat popular di Malaysia, bukan saja dikenali sebagai juatawan kosmetik tetapi populariti diraih menerusi hadirnya pelbagai kontroversi yang melanda dirinya.

Baru-baru ini, Aliff Syukri mencetuskan kontroversi dengan mendakwa tidak mendapat layanan yang baik ketika pentas akhir Gegar Vaganza 5, kemudian Aliff Syukri sekali lagi tampil dengan lagu baru berjudul “Biar Apa Orang Kata”.

Dalam satu update terbaru di Instagram beliau, Aliff Syukri meluahkan rasa pelik kenapa masih ramai yang tidak suka dengan lagu baru beliau bertajuk Biar Apa Orang Kata walaupun memiliki vokal yang dilabelnya sebagai tahap yang tinggi.

Ini komen Aliff Syukri:

“Pelik ramai yang dislike, nak kata suara I tak sedap, saya rasa vokal i dah tahap tinggi. (Dan) trending nombor satu di Malaysia”

“Siapa dah tengok MV Biar Apa Orang Kata di youtube saya buat lagu ni khusus kepada mereka yang rasa rendah diri sebab semua orang itu elok tak kira hitam, pendek, gemuk atau putih. Jangan lupa dengar kan di youtube dan platfom digital media yang lain..”

Video muzik terbaru Aliff Syukri itu kini memiliki dislike lebih tinggi berjumlah lebih 30,000 berbanding 19,000 likes.

Ketika ini, video ini sudah menerima tontontan lebih 587,000 sejak dilancarkan.

Korang dah layan belum lagu ni? Kala belum, jom layan lagu ini:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here