Pencemaran Bahan Kimia: Sultan Johor MURKA… TMJ Juga Berang!!

0
14223

Kerana bahan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, satu pencemaran bahan kimia berlaku dan sehingga kini seramai 106 orang mangsa telah mendapatkan rawatan di klinik kesihatan dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di negeri selatan tanah air itu.

Dianggarkan pesakit seramai 207 orang yang alami masalah sejak hari Khamis lalu.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memberi respon tentang berhubung isu berkenaan.

TMJ menerusi Twitternya menegaskan pihak yang terlibat meluluskan projek berkenaan tidak akan dibiarkan terlepas.

Tambahnya lagi, ini bukan masa untuk menuding jari kerana mana-mana pihak yang meluluskan projek itu perlu bertanggungjawab dengan kerosakan angkara mereka.

Putera Johor ini turut mempersoal siapa yang memberi kebenaran dan kelulusan beroperasi tanpa pandangan sultan. Dakwanya lagi, Singapura telah menolak projek itu tetapi diluluskan negeri Johor pula.

Ini antara komen TMJ di laman twitter:

“I am deeply saddened with what has happened. The lives of innocent children is in jeopardy as a result of irresponsible behaviour.

“Let’s pray together that all victims affected recover as soon as possible and return to their best condition. I also hope that the families affected stay strong in the wake of this challenge. Insya-Allah.

Sultan Johor pula telah keluarkan kenyataan rasmi tentang isu ini dan murka setelah berlakunya pencemaran berkenaan.

Ini kenyataan penuh dari Sultan Johor.

INSIDEN PENCEMARAN BAHAN KIMIA: SULTAN IBRAHIM MAHU PIHAK BERKUASA AMBIL TINDAKAN TEGAS

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka dan kesal terhadap mereka yang didapati terlibat dalam kes pembuangan bahan kimia ke dalam Sungai Kim Kim di Pasir Gudang sehingga memberi kesan buruk kepada murid, pelajar sekolah serta orang awam.

Baginda Tuanku Sultan bertitah mahu pihak berkuasa melakukan siasatan secara menyeluruh terhadap insiden itu, pada masa sama melahirkan penghargaan terhadap pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mereka yang dimasukan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah ada yang bertarung nyawa dalam ICU!

“Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya.

“Saya berasa amat sedih apabila melihat ramai yang merana akibat tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang hanya melakukan tugas – seperti pemandu ambulans, pekerja kantin sekolah,” titah Baginda kepada Royal Press Office hari ini (12 Mac).

Baginda Tuanku Sultan bertitah menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan kejadian supaya sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat.

“Sekolah juga tidak harus dibuka selagi keadaan tidak benar-benar selamat untuk pelajar dan guru. Kurangkan juga seberapa banyak pergerakan di luar,” titah Baginda Tuanku Sultan.

CHEMICAL POLLUTION: SULTAN IBRAHIM WANTS STERN ACTION FROM AUTHORITIES

HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar is enraged at the incident of chemical pollution in Pasir Gudang’s Sungai Kim Kim that have caused hundreds of people, including students, to be hospitalized.

His Majesty wants the authorities to conduct a full-scale investigation to bring the culprits to book immediately.

At the same time, he also expressed his appreciation and gratitude to all medical personnel attending to the victims.

“These are innocent schoolchildren, teachers and health workers… don’t those responsible feel any remorse at the thought that children in the ICU are fighting for their lives?

“These are my rakyat and I will not let this matter go unanswered. I urge all government agencies to apprehend and punish the culprits immediately,” said His Majesty to the Royal Press Office today (12 March).

Sultan Ibrahim also advised the public, and specifically the residents in the affected area, to be extra vigilant and seek immediate treatment if they feel unwell.

“Schools also should not be opened until the situation is completely safe for students and teachers. I also urge residents to stay indoors as much as possible,” added His Majesty.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here