Pendedahan Yang Ramai Tak Tahu.. Ini Yang Fikry Ibrahim Buat Sebelum Popular

2
6586

Nama Fikry Ibrahim semakin meningkat naik di dunia seni tanah air. Bermula sebagai pelawak selepas mendapat tempat ketiga pertandingan Lawak Solo pada 2016, Fikry Ibrahim tak berpaling lagi dan mula menjadi pelakon serba boleh.

Namun ramai tak tahu tentang pengalaman pelawak dan pelakon berumur 24 tahun ini. Untuk pengetahuan, sebenarnya Fikry Ibrahim kini sedang menuntut dalam bidang Pengiklanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Menjawab soalan secara rawak daripada peminatnya menerusi fungsi pertanyaan di Instastory, Fikry mendedahkan sebelum bergelar pelakon dia pernah membuat kerja sampingan menjadi maskot Boboiboy dan Perodua.

Fikry Ibrahim mendedahkan, dia sebenarnya suka mencuba pelbagai perkara malah sentiasa berpegang pesanan gurunya agar beranikan diri untuk mencuba sesuatu pekerjaan atau perniagaan.

Ini antara komen dari Fikry Ibrahim:

“Seorang pelajar, juga buat sambilan maskot (Perodua dan Boboiboy) dan suka cuba pelbagai bidang perniagaan. Tok guru saya selalu pesan; kalau dapat tawaran apa-apa pekerjaan atau perniagaan, cakap je tahu nak buat.Lepas tu boleh belajar, kalau tak takkan pernah dapat peluang itu”

Dalam pada itu, Fikry juga memberitahu dia kini sedang mempelajari bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga yang diwajibkan bagi penuntut di UiTM. Kata Fikry, dia juga tertarik untuk belajar bahasa Korea yang kini sedang popular dikalangan rakyat Malaysia.

Semoga terus berjaya buat Fikry Ibrahim.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here