Dah Kahwin Wanita Jelita Dari Ukraine, Ini Respon Zul Ariffin

Semalam, satu isu hangat telah melanda industri hiburan tanah air. Ianya tentang pelakon berbadan sasa iaitu Zul Ariffin.

Berita tersebut mengatakan Zul Ariffin bercuti bersama seorang gadis jelita dari negara Ukraine bernama Tanya Glembotska. Malah ada yang mengatakan mungkin Zul Ariffin telahpun berkahwin memandangkan Tanya Glembotska menggelarnya ‘my husband’.

Tahun lepas, Tanya Glembotska pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan Zul Ariffin tahun lalu.

Setelah menjadi persoalan ramai terutama para peminat, akhirnya Zul Ariffin tampil memberi respon balas.

Kata pelakon ini, dia menyatakan bahawa khabar angin kononnya dia mengahwini gadis kelahiran Ukraine, Tanya Glembotska, adalah tidak benar sama sekali.

Ini komen pelakonberusia 33 tahun itu

“Tiada maknalah… Itu cerita lama! Saya tiada apa-apa komen.

“IG gosip itu kempunan perhatian agaknya. Komen pun tiada guna… Maaf, saya tiada komen,”

Hero filem Tombiruo dan j Revolusi ini mula mencuri tumpuan dan dikaitkan dengan tanya apabila beberapa gambar mesra mereka dimuat naik di laamn IG Glembotska menerusi Instagram (IG) Story.

Caption dari wanita berkenaan terus mencuri perhatian apabila menggelar Zul sebagai suaminya: “I want to say thanks to my husband. I am very happy with you.” (Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada suamiku. Saya sangat gembira bersama kamu).

Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan tanda-tanya dalam kalangan peminat bintang bertubuh sasa itu.

Gambar terbabit kemudian dikongsi sebuah akaun gosip popular di IG. Difahamkan, gambar terbaru mereka dihantar oleh teman Glembotska yang mahukan kepastian mengenai gosip kedua-duanya sudah bernikah.

Julai tahun lalu, beberapa gambar menunjukkan Zul Ariffin dan Tanya Glembotska tersebar di laman IG. Difahamkan, mereka berkenalan ketika menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai, di Phuket, Thailand.

Ketika itu ini jawapan dari Zul Ariffin tentang hubungannya dengan Tanya:

“Saya mengenalinya ketika bercuti di Phuket, baru-baru ini. Kebetulan kami menjalani latihan seni mempertahankan diri, Muay Thai. Dia hanya kenalan dan saya melayaninya sama seperti orang lain,”

Itulah jawapan dari tuan punya badan, Zul Ariffin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here