Pengumuman khas, inilah Menteri Besar Johor yang baru, Dr Sahruddin

Teka-teki tentang siapa yang bakal menjadi teraju kepimpinan kerajaan negeri Johor selepas peletakan jawatan Datuk Osman Sapian akhirnya sudah terjawab hari ini.

Istiadat penyerahan surat tauliah dan pengisytiharan pelantikan Menteri Besar Johor ke-17 telah berlangsung di Istana Serene di sini pagi Ahad, selepas Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik menteri besar baru setelah menerima surat peletakan jawatan Osman pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong, Dr Sahruddin Jamal telah sah menjadi Menteri Besar Johor yang baru selepas mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, sebentar tadi.

Dr Sahruddin yang sebelum ini menyandang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di Johor Bahru.

Berangkat sama pada upacara itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan suami Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Dr Sahruddin (43 tahun), menjadi Menteri Besar Johor ke-17, menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletakan jawatan.

Diimbas kembali pada 9 April, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Osman, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju kerajaan negeri pimpinan PH itu selepas ini.

Yang nyata, kepimpinan PH di negeri ini dijangka masih diteruskan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), sekali gus menunjukkan kesepakatan kepimpinan PH seperti yang telah dipersetujui ketika Pilihanraya Umum ke-14.

Dikatakan Sultan Johor telah bertitah akan menetapkan beberapa syarat terhadap menteri besar baharu.

Syarat-syarat itu dijangka perubahan besar dalam pembentukan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebagaimana yang dititahkan oleh Sultan Ibrahim.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here