Penyamun Dobi Akhirnya Ditahan…

Ini update terkini tentang kes samun guna parang di kedai dobi yang menjadi viral beberapa hari ini. Salah seorang suspek dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai dobi dan kedai runcit 24 jam di Kedah telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.

Suspek kes samun itu menjadi viral di media sosial apabila tindakan mereka menyamun dua premis terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV), selain ada netizen mengemukakan pelbagai komen di Facebook seorang daripadanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 21 tahun dari Nibong Tebal yang dipercayai memegang parang dalam kejadian itu ditahan pada 1.30 tengah hari.

Kata polis, suspek ditahan selepas ibunya sendiri telah membawanya ke IPD Kuala Muda untuk tindakan susulan pihak polis dan berdasarkan siasatan awal, suspek mengaku terbabit dalam kejadian samun berkenaan.

Polsi turut menahan isteri suspek berusia 30-an untuk membantu siasatan kerana isteri suspek berada sekali dalam kereta ketika suspek menyamun mangsa dan kedua-duanya akan direman bermula esok.

Kini pihak polis sedang berusaha untuk memburu seorang lagi suspek dipercayai rakan mangsa berusia 20-an dipercayai terbabit dalam kejadian samun berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dengan senjata.

Imbas kembali tentang kes, dua lelaki telah menyamun kedai dobi dan kedai runcit 24 jam dalam tempoh 15 minit di Bandar Puteri Jaya dan Taman Ria, Sungai Petani menyebabkan kerugian RM14,500.

Dalam kejadian pertama pada 7 pagi, kedua-dua lelaki berkenaan menyamun pensyarah wanita berusia 37 tahun ketika membasuh pakaian bersendirian di kedai dobi 24 jam sebelum menyamun dua lagi kedai runcit 24 jam di Taman Ria.

Sumber: Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here