Perkahwinan Awi Rafael Dan Atikah Suhaime Dibatalkan… Tak Jadi Kahwin, Ini Luahan Atikah

0
35912

Majlis perkahwinan pasangan pelakon Atikah Suhaime dan penyanyi Awi Rafael dikatakan telah dibatalkan.

Kedua mereka sepatutnya dijadualkan berkahwin pada Ahad ini bersamaan dengan 17 Mac dan ianya khabarnya telah dibatalkan pada saat akhir. Berita berkenaan telah diumumkan sendiri oleh Atikah menerusi akaun Instagramnya.

Ini antara komen Atikah Suhaimi:

“I have lost the music of my life”

“Our wedding this Sunday is cancelled. I thank Awi for taking care of me when i was his fiancee”

“Tak ada rezeki, mungkin Tuhan ada rancangan lain untuk kami. Sukar untuk saya terima berita ini tapi inilah kenyataan”

Pelakon ini berkata mungkin mereka tidak cukup kuat untuk terus berjuang dan terus mempertahankan hubungan cinta antara mereka.

Namun, Atikah Suhaimi tetap berharap hubungan baik antara dirinya dengan Awi dapat dikekalkan.

Malah Atikah sempat berterima kasih kepada Awi Rafael yang menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini sepanjang bergelar tunangan orang.

UPDATE: Sementara itu Awi Rafael juga ada membuat satu kenyataan tentang hal ini. Baca kenyataan dan pengumuman khas oleh Awi Rafael (DISINI)

Kenyataan Rasmi: Awi Rafael Tarik Diri, Tak Jadi Kahwini Atikah Suhaime

Kenyataan Rasmi: Awi Rafael, Atikah Suhaime Tak Jadi Kahwin Ahad Ini"Terlalu berat dugaan baru kali ini. Awi dan keluarga tarik diri. Awi minta maaf" – Awi Rafael

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Wednesday, 13 March 2019

Memanglah amat sedih apabila disaat akhir, beberapa hari lagi nak lalui hari bersejarah namun malang tak berbau dan mereka ditimpa dengan berita yang sungguh menyedihkan iaitu dengan terpaksa untuk membatalkan impian untuk berkahwin.

Namun, itulah yang dinamakan jodoh. Semoga Atikah Suhaimie dan Awi Rafael tabah dengan dugaan ini dan semoga mereka berdua terus kuat dan mencari kebahagiaan masing-masing.

Diimbas kembali, Atikah Suhaimi dan Awi Rafael telah bertunang pada bulan Mac tahun lalu. Pasangan ini sepatutnya bakal berkahwin pada bulan Mac tahun ini.

Sumber: Beautifulnara / Forum Cari

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here