Perlis Pecat Imam, Mufti Perlis Dr MAZA Dedah Hal Sebenar

Pemberhentian imam-imam lama di negeri utara Perlis yang berumur melebihi 60 tahun menjadi tumpuan orang ramai.

Semalam Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (DR MAZA) akhirnya memberi penjelasan dan hal sebenar.

Pertamanya, hal pemberhentian imam ini tiada kaitan dengan Jabatan Mufti. Ianya di bawah urusan majlis agama.

Ini tulis DR MAZA:

PERLIS PECAT IMAM?

Urusan perlantikan imam dan penyambungan elaun berada di bawah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs). Bukan di bawah kuasa Jabatan Mufti. JAIPs pula tidak boleh melantik atau tidak menyambung melainkan dengan kelulusan MAIPs yang berada di bawah Istana Perlis. Hanya dengan titah dan perkenan Istana sahaja hal-hal itu boleh dilakukan. Maka, segala ulasan yang melampau berada di bawah undang-undang ini.

APA SEBENARNYA YANG BERLAKU?

Menerusi satu ceramah di Masjid Alwi, Dr MAZA akhirnya memberi penjelasan hal sebenar yang berlaku tentang pemberhentian para imam berkenaan.

Ini video penjelasannya:

Dr. Maza: Ulasan Tentang Imam Masjid DiPecat

Dr. Maza: Ulasan Tentang Imam Masjid DiPecat

Posted by PROmediaTAJDID on Thursday, 3 January 2019

Sebenarnya imam yang diberhentikan tersebut akan digantikan dengan imam baru bertujuan meremajakan masjid di seluruh Perlis, kata Mufti Perlis

Menurutnya, ada imam berumur lewat 90-an tetapi enggan melepaskan jawatan dan apabila ditamatkan akhirnya akan ada orang lebih muda dapat menggantikan mereka.

Imam-imam terbabit diberhentikan bukan kerana mereka tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh seperti didakwa pihak tertentu, kata Dr Maza lagi.

Mohd Asri membuat penjelasan itu dalam siri ceramah mingguannya di Masjid Alwi di sini sebagai reaksi terhadap isu hangat perikutan pemecatan dan pertukaran imam-imam di negeri ini.

Isu ini meual jadi perhatian setelah pihak media melaporkan 25 orang imam dipecat dan lebih 10 lagi ditukarkan ke kariah lain tanpa alasan melalui surat yang berkuat kuasa Selasa lepas.

DR MAZA bagaimanapun tak ada menyebut jumlah sebenar imam yang diberhentikan atau ditukarkan tetapi berkata tindakan itu diambil kerana ada antara mereka tidak mampu membaca ayat-ayat al-Quran dalam solat dengan sempurna dan kemudian dikaitkan dengan disiplin menjalankan tugas.

Katanya ada juga imam yang tidak mematuhi kehendak tugas termasuk tidak menghadiri kursus, tidak membaca khutbah Jumaat yang disediakan dan membawa penceramah luar dan menyentuh politik dalam ceramah mereka di masjid.

DR MAZA meminta imam-imam terbabit menerima hakikat mereka tidak semestinya bertugas hingga akhir hayat.

Mufti Perlis berkata lagi sebenarnya ramai anak-anak muda yang tamat pengajian tahfiz dan layak menjadi imam harus diberi peluang untuk mengisi tempat imam-imam yang diberhentikan itu. -BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here