“Polis memang terima laporan polis abang Acap… tetapi” – Baca respon balas Ketua Polis Perak

Pihak polis akui abang kepada Acap yang hilang, ada membuat satu laporan polis untuk meminta orang ramai dari berhenti mencari Acap.

Namun sebenarnya, pihak polis tidak mempunyai kuasa menutup kawasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Capa atau nama penuhnya Mohammad Ashraf Hassan, yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail di Gopeng.

Pendek kata, polis tak boleh halang tempat berkenaan daripada dikunjungi orang awam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain mengesahkan hal berkenaan dengan berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh abang Mohammad Ashraf yang mahu lokasi pencarian itu ditutup kepada orang awam.

Katanya, walaupun sudah menerima laporan namun pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk melarang orang awam daripada keluar masuk ke lokasi itu.

Ini kenyataan pihak polis: (HARIAN METRO)

“Kita ada terima laporan namun kita tidak boleh menyekat orang awam daripada memasuki kawasan itu kerana ‘laluan tikus’ terlalu banyak, bukan satu tempat saja.

“Malah kita turut menjangkakan orang tempatan juga (melalui kawasan itu) kerana operasi pencarian itu turut dibantu oleh masyarakat tempatan membabitkan kira-kira 800 orang”

Pihak polis berkata lagi, pihaknya memang tidak berupaya untuk menutup lokasi pencarian itu berikutan kawasan berkenaan adalah tumpuan rekreasi orang ramai selain lokasi itu adalah kawasan perkampungan.

Ini jelasnya lagi:

“Namun begitu, kita akan tentukan orang awam yang keluar masuk itu menerusi kebenaran polis sama ada mereka boleh masuk atau tidak.

“Mungkin mereka boleh masuk waktu siang tetapi polis tidak benarkan pada waktu malam,”

Sebelum ini telah tersebar tentang satu laporan polis yang dibuat oleh abang kepada Acap sebagai wakil keluarga yang memohon orang ramai untuk berhenti mencari Acap.

Sumber: HMETRO

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here