Pramugara Malaysia Dipenjara.. Kantoi Seludup Wang Bernilai RM800 Ribu

0
3670

Pramugara yang merupakan rakyat Malaysia telah dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan di United Kingdom selepas ditahan ketika cuba menyeludup keluar wang tunai berjumlah £150,000 (RM807,305), dari negara berkenaan.

Lelaki berkenaan berusia 37 tahun dan telah dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah ketika dibicarakan di Mahkamah Isleworth Crown, kelmarin.

Agesi Jenayah Kebangsaan (NCA) United Kingdom dalam satu kenyataan, semalam melaporkan suspek berasal dari Selangor itu ditahan Terminal 4 Lapangan Terbang Heathrow, London bersama wang tunai berkenaan yang disorok dalam dua bag miliknya.

Ini laporan berkenaan:

“Selepas mengimbas dua bag terbabit, staf keselamatan yang melakukan pemeriksaan menemui wang tunai sebanyak £100,000 (RM538,203) dalam sebuah beg beroda manakala £50,000 (RM269,102) lagi dalam bag sandang berwarna hitam.

“Ketika ditahan, suspek akan menaiki satu penerbangan milik syarikat penerbangan tempatan dari London ke Kuala Lumpur yang mana dia adalah kru kabin penerbangan terbabit.

“Ujian lanjut mendapati wang tunai berkenaan mempunyai kesan dadah jenis kokain dan seterusnya suspek ditahan kerana terbabit kegiatan pengubahan wang haram”

Ketika disoal siasat oleh NCA, suspek dikatakan mahu membawa wang itu ke London menerusi satu penerbangan sehari sebelum itu dan bercadang membelanjakan wang berkenaan untuk membeli bag tangan dan jam tangan di Harrods (sebuah gedung membeli belah terkenal di London).

Bagaimanapun dia mendakwa tidak sempat berbuat demikian kerana terlalu penat.

“Suspek juga gagal menjelaskan bagaimana dia memiliki dua resit belian daripada Primark (sebuah pusat membeli belah di London) pada hari sama dia mendakwa dia kepenatan selain kad pendaftaran pelanggan agensi pertukaran wang untuk rakyat Malaysia”

Sementara itu, Pengurus Operasi NCA di Heathrow, Ian Truby berkata, penjelasan diberikan oleh suspek tidak masuk akal dan sebagai kru kabin penerbangan yang sudah berkhidmat selama 15 tahun, dia sewajarnya tahu tentang peraturan membawa keluar wang tunai dari sesebuah negara.

“Jelas menunjukkan dia cuba menggunakan statusnya sebagai kru kabin penerbangan untuk menutup kegiatan jenayahnya.

“Kumpulan jenayah terancang akan menggunakan ‘keldai wang’ seperti suspek untuk memindahkan wang hasil kegiatan mereka yang mana mereka memainkan peranan penting dalam rangkaian jenayah itu.

“Justeru menjadi keutamaan kami untuk menangani kegiatan itu”

Tambahnya, wang tunai yang dirampas akan dilucut hakkan mengikut Akta Pencegahan Jenayah.

Sumber: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here