Pura-Pura Sakit, Ini Respon Syed Saddiq, Tayang Apa Yang Ada Disebalik Pembalut Muka

0
12270

Menteri Belia dan Sukan iaitu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah cedera akibat jatuh motor baru-baru ini dan telah tampil dengan muka berbalut.

Namun Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) ini kecewa selepas ada yang menfitnahnya konon dia berpura-pura sakit ketika menghadiri Persidangan Agung Tahunan Bersatu 2018 pada Sabtu lalu.

Oleh itu, Syed Saddiq telah dedahkan foto wajahnya yang sedang luka akibat terjatuh dari motor.

Ini tulis nya:

“Cedera jatuh motor pun ada pihak nak politikkan. Biarlah gambar berbicara.

“Bagi mereka yang fitnah saya, saya doakan saudara saudari akan kembali ke jalan yang benar,”

Syed Saddiq turut memuat naik bersama gambar lukanya di pipi dan dagu yang sedang dibersihkan.

Ini fotonya:

Terdahulu, selepas kedudukan balutan di pipi Syed Saddiq dipertikaikan, kini gelagat Menteri Belia dan Sukan itu yang berjalan terhincut-hincut di hadapan lensa wartawan pula dipersoalkan.

Seterusnya ada pihak yang menuduhnya berlakon di hadapan pihak media kononnya dia sakit.

Dalam video yang tersebar, ahli Parlimen Muar itu bersalaman dengan beberapa individu sebaik turun dari kereta dan dilihat berjalan secara normal.

Namun ketika media menghampirinya, Syed Saddiq dilihat tiba-tiba berjalan terhincut-hincut.

Gelagatnya itu menjadi perbualan hangat di media sosial terutama dalam kalangan penyokong pembangkang.

Ketika ditanya apa yang berlaku kepada dirinya, Syed Saddiq berkata dia jatuh dari motosikal.

Ini komen Syed Saddiq:

“Saya jatuh daripada motosikal tiga hari lalu, saya harap saya akan pulih dalam tempoh satu atau dua minggu.

“Saya pergi melakukan pemeriksaan kedua di hospital hari ini (Jumaat) kerana hidung saya masih berdarah, saya akan mendapat laporan penuh pada Isnin selepas hospital melakukan imbasan penuh.

“Ia adalah cerita panjang tetapi yang paling penting adalah kita semua berada di sini dengan battle scars (parut pertempuran) masing-masing – sama ada secara mental atau fizikal,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here