Ramai mula meluat, muzik video ada babak naik helikopter, Sufian Suhaimi dilabel belum move on?

0
5186

Sebelum ini penyanyi Sufian Suhaimi telah mencipta kejayaan dengan beberapa buah lagu yang menjadi hit. Antaranya seperti lagu Dimatamu, Terasa Ada, Harus Aku, dan lagu Terakhir.

Kini penyanyi berkenaan telah mengumumkan bahawa dia dah pun tampil dengan satu single terbaru yang berjudul Mencuba. lagu Mencuba telah di release hari ini.

Tak tunggu untuk mengambil masa yang lama, muzik video lagu ciptaan Zynakal dan Sufian Suhaimi itu turut dilancarkan di laman video Youtube Aries Music.

Paling menarik perhatian apabila terdapatnya satu babak dimana penyanyi berusia 27 tahun itu menaiki helikopter bersama kekasihnya di dalam muzik video berkenaan.

Ini sekaligus mengingatkan orang ramai tentang kenangan yang mana Sufian Suhaimi pernah menaiki helikopter dengan bekas tunangnya.

Muzik video berdurasi hampir empat minit itu mengundang perhatian penonton untuk memberikan pelbagai reaksi mengenai jalan cerita berdasarkan lagu berkenaan.

Namun rata-rata memilih untuk bercakap tentang helikopter yang seakan-akan mengimbau kembali kisah percintaan Sufian dengan seorang pelakon wanita yang juga bekas tunangnya itu.

Ini antara reaksi dari netizen yang menonton video berkenaan:

“Babak helikopter tu deep

“Mengamit kenangan lalu!

“Throwback ke tu?

“Macam tau je!

“Macam pernah tengok babak helikopter tu

“Nampak macam belum ‘move on’

“Helikopter tu perlu ker..

“Scene helikopter tu tak perlu kot.. nampak mcm belum move on sepenuhnya. Tapi aku suka lagu ni, ada unsur2 nak lupakan kisah dulu. Good job Sufian.

“Part Naik helicopter tu.. Mcm mcm mcm.. Ahahahaha…. Setiap part tu ada juga kiasan yg nk ditujukan tu.. Em.. Good luck sufian

Sehingga kini, muzik video yang dimuat naik pagi tadi itu sudah menjadi trending dilaam Youtube. Memang dijangka akan terus meletup.

Sumber : Aries Music / Oh Bulan / OhMyMedia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here