Ramai peminat kecewa menang “Anugerah Couple MeleTop” tapi Fattah Amin, Fazura tak datang AME2019

AME2019 tealh berlangsung semalam dan antara kategori yang ada ialah Anugerah Couple MeleTop iaitu pasangan suami isteri yang paling popular antaa selebriti.

Jika tahun lepas, pasangan pelawak Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti berjaya mengungguli Anugerah Couple Meletop 2018, namun untuk tahun ini, anugerah tersebut berjaya diungguli oleh pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura. Tahniah Fattzura, memang amat padan untuk pasangan ini menang! Sama cantik dan sama popular!

Kemenangan Fattah Amin dan Fazura dalam kategori tersebut telah menjadi bukti bahawa kedua mereka meamng sweet dan disukai para peminat. Kalau bergabung memamg amat ramai peminat mereka berdua ni.

Setelah diumukan sebagai pemenang kategori berkenaan, secara tiba-tiba ramai yang mula rasa kecewa. Ini apabila para peminat langsung tidak nampak kelibat pasangan itu ketika malam anugerah berkenaan.

Ketika pasangan Fattzura diumumkan sebagai pemenang bagi kategori berkenaan, ternyata wakil daripada pihak mereka sahaja yang hadir ke pentas untuk menerima anugerah tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila pasangan tersebut seolah-olah tidak menghargai peminat yang mengundi mereka. Netizen berharap sekurang-kurangnya mereka hadir untuk menerima anugerah tersebut serta memberikan ucapan di atas kemenangan yang diterima hasil undian para peminat.

Ini antara luahan dari para peminat pasangan ini:

azahferahinaina
Hrp lps ni x hilg peminatlh ye pattzura..ko pye award tu bg wakil ko je yg ambik sbb ko x dtg kann..selfish terukkk..

sara11143570
Bagi la anugerah couple yg hadir..yg tak hadir dok bagi buat apa..@meletop

shafarindalin_
lepas ni tarik diri je lah..klu rasa tak nk join apa2 anugerah..boleh bagi peluang kat org lain..dlm industri ni nk kena professional ckit..

Sumber: OhBUlan / IG MeleTop

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here