Respon Heliza Helmi dan Sufian Suhaimi tentang kenyataan Bella Astillah.. Intan Liana turut komen

0
6354

Kontroversi yang melanda kepada pasangan suami isteri Aliff Aziz dan Bella Astillah nampaknya masih lagi berlarutan. Apabila satu lagi insiden kes curang melibatkan Aliff Aziz dengan seorang gadis, nampaknya Bella seakan dah tawar hati.

Bella Astillah emnulis di ruang Ig miliknya bahawa dia kini sudah move tanpa kehadiran Aliff Aziz. Adakah ini memberi petanda bahawa sudah berakhirnya perkahwinan mereka? Ianya terus jadi bualan ramai.

Apabila kenytaan Bella itu ditulis, rakan artis turut sama memberi komen balas, antara nya ialah Heliza Helmi, Sufian Suhaimi dan juga bekas isteri Ude Wahid iaitu Intan Liana.

HELIZA HELMI

Penyanyi Heliza Helmi telah menulis komen memberi doa buat Bella Astillah dalam menghadapi dugaan yang maha berat dalam hidupnya.

Perkongsian tersebut ditinggalkan Heliza menerusi ruangan komen di posting terkini Bella di Instagram.

Ini tulisnya:

“HasbunaAllah Wa Ni’mal Wakeel. Cukuplah Allah bagi kami. Banyakkan baca doa : Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rojiun, Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli khairan minha.

“Ya Allah berikanllah aku pahala di atas musibah ini datang gantikanlah aku sesuatu yang lebih baik. Aamiin. NI DOA UMMU SALAMAH. Very Powerful DOA. In sha Allah”

SUFIAN SUHAIMI

Sementara itu, komen yang diberikan penyanyi Sufian Suhaimi yang turut memberi sokongan moral menjadi lain apabila ada nerizen membayangkan seolah-olah penyanyi itu cuba untuk masuk ‘line’.

Ini tulis Pian: “hang in there. We all love you”

INTAN LIANA

dalam pada itu, bekas isteri Ude Wahid iaitu Intan Liana Saleh turut ada menitipkan kata buat Bella Astillah.

Intan antara lain meminta agar Bella terus kuat dan memberitahu Dia memberikan dugaan terhadap para hambaNya yang mampu dan kuat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here