“Sales dekat sejuta dah hilang… siapa yang nak bertanggungjawab?” – DS Vida

0
15738

Bekas penaja utama Gegar Vaganza dan juga pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau nama glamour nya Dato Seri Vida (DS VIDA) berterima kasih dan memuji niat baik rakannya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang mahu menjernihkan hubungannya dengan penyanyi yang juga bekas juara Gegar Vaganza iaitu Aishah.

Datuk Seri Vida (DSV) berkata bukan mudah untuk beliau memenuhi permintaan dari Datuk Seri Aliff Syukri itu.

“Datuk Aliff ada berhubung dengan saya. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas ingatan beliau. Saya puji niat ikhlas beliau. Walaupun bagi dia minta maaf tak bererti kalah, ia tidak dapat melenyapkan kecaman netizen terhadap saya” – kata DA Vida

Jelas DS Vida, kontroversi yang melanda berkaitan rantai berlian yang dihadiahkan kepad Aishah itu turut menjejaskan perniagaannya. Dikatakan, sale telah menurun sehingga mencecah sejuta ringgit.

“Kontroversi itu dah memalukan saya, perniagaan saya turut terjejas. Kalau saya minta maaf sekali pun dua bulan punya sales dekat sejuta dah hilang… siapa yang nak bertanggungjawab?” – dedah DS Vida lagi.

Sebelum ini, di pentas Gegar Vaganza minggu pertama, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasrat untuk menemukan DS Vida dan Aishah untuk menejrnihkan hubungan mereka berdua kerana menyedari peniaga saling memerlukan sokongan selebriti.

“Saya sekadar meminta Aishah dan Vida untuk berdamai, saya juga ada berhubung dengan Vida mengenai perkara ini. Saya tidak berpihak kepada sesiapa, niat di hati cuma mahu mereka tutup cerita lama. Penjual kosmetik dan artis ibarat isi dan kuku, jika minta maaf pun tidak semestinya kita salah”

Sebelum ini Aishah yang terkenal dengan lagu Janji Manismu mendakwa barang kemas tajaan Vida yang dikatakan bernilai RM80,000 adalah palsu. Akan tetapi, DS Vida tampil mempertahankan rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu.

Malah Vida turut meminta Aishah supaya memulangkan semula rantai tersebut dan akan memberikan sesuatu yang ‘luar biasa’ kepadanya yang dikatakan sebagai Lavida Coin. Namun tak lama kemudian, Lavida Coin telah diharamkan oleh Bank Negara kerana diragui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here