Satu Penghinaan Buat Isteri Dilabel Dah Longgar.. Ramona Zamzam Bengang

Sejak wujudnya laman sosial media, penjual jamu dan barangan ‘kesihatan’ sering menulis  iklan produk mereka secara spam di ruangan komen Instagram milik artis-artis kerana mereka mempunyai follower yang ramai.

Seperti dikongsi pelakon Ramona Zamzam, apabila ada saja komen tentangiklan dari agen perapat dan penjual ini, dia mula terkesan dan jadi berang.

Menurutnya, dia semakin letih dan bosan dengan penjual sebegini yang sering menghina isteri dikatakan sudah ‘longgar’ tidak seperti anak dara. Tambahan, pelakon itu berharap orang ramai boleh mengubah mentaliti seperti begini.

Ini antara komennya:

Maaflah hari ni jadi hari mencarut.
Too tired with the same comments from agent perapat.
Please guys, if we don’t start changing from now, we will never change. If you’re raising a son, will you seriously teach him :
“Nak, nanti dah kawin, kalau isteri dah mula longgar, cari lain tau!”
Allah.

Ini luahan dari Ramona Zamzam di laman Insgram miliknya:

Tambah Ramona Zamzam lagi, jika suami selalu sangat merungut tentang isteri yang semakin ‘longgar’, dia menyarankan kaum isteri untuk meninggalkan saja suami sebegitu kerana tiada wanita layak dilayan semata-semata untuk kepuasan kaum lelaki.

Ramona Zamzam juga berharap supaya wanita tidak terpedaya dengan dakwaan produk yang dikatakan boleh mengembalikan ‘dara’.

Betul juga kata dari elakon jelita ini. Apa pandangan kalian semua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here