Saya akhirnya temui cinta yang dicari-cari selama ini – Bella Dally dedah sikap bakal suami

0
7026

Bella Dally bakal akhiri zaman solonya pada akhir bulan ini setelah sebelum ini berpisah dengan bekas suami yang juga pelakon Nazim Othman.

Walaupunperkahwinan pertamanya telah gagal, ianya bukan noktah untuk dia untuk memburu bahagia buat kali kedua.

Pelakon berumur 27 tahun ini, berkata pertemuan dengan ahli perniagaan yang hanya diperkenalkan sebagai Arif, pada Ogos lalu membuka hatinya untuk sekali lagi mengecapi alam rumah tangga.

Ini komen Bella Dally:

SAYA TEMUI CINTA

“Saya tahu ramai yang terkejut apabila saya menerima lamaran Arif selepas lima bulan berkenalan. Ada yang menganggap, saya terlalu cepat melupakan kegagalan lalu.

“Apa lagi yang mahu ditunggu jika saya yakin Arif mampu memberikan kebahagiaan yang dinanti-nantikan. Dia lelaki yang baik dan menerima saya seadanya.

“Saya tidak pernah serik dengan kegagalan lalu, malah sentiasa positif kerana percaya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alhamdulillah, saya akhirnya temui cinta yang dicari-cari selama ini,”

DAH PENAT BERSEDIH, KINI NAK BAHAGIA

Kini Bella Dally bertekad untuk mencari kebahagiaan dan tak mahu terus meratapi kegagalan alam perkahwinan yang pertaam dengan Nazim sebelum ini.

“Sebelum ini, saya asyik berduka, tetapi saya berusaha melindunginya. Saya sudah penat bersedih dengan apa yang dilalui dulu.

“Sampai satu tahap, saya berasakan cukup-cukuplah berduka. Saya berjuang melupakan segala-galanya dan Alhamdulillah, akhirnya menemui kebahagiaan,”

TENTANG ARIF

Arif seorang yang bersikap budiman, menghormati wanita, bertanggungjawab dan paling utama, mempunyai hala tuju dalam hidup/ Ini sekaligus membuatkan Bella tidak teragak-agak untuk berkahwin dengan Arif.

“Apa yang membuatkan saya lebih yakin, Arif sentiasa ada dengan saya. Ke mana saja saya melangkah, Arif pasti akan menyusul untuk menemani. Tetapi, itu bukan bermakna dia kuat cemburu.

“Arif sebaliknya, mahu memastikan saya sentiasa selamat. Saya melalui ujian dan perceraian pada usia masih muda, tetapi Allah temukan saya dengan lelaki yang membahagiakan,”

Diimbas kembali, Bella pernah berkahwin dengan Nazim Othman pada 10 September 2016, namun mereka berpisah pada 2 Mei tahun lalu.

Bella Dally dan Arif kini telah pun bertunang di kediaman keluarganya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 Januari lalu.

Pelakon jelita ini kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan, malah sepakat mengadakan majlis akad nikah serta resepsi di ibu negara pada hari yang sama.

Semoga segalanya dipermudahkan buat Bella dan pasangan.

Sumber: Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here