“Saya bagi RM10,000 kepada bekas isteri” – PU Abu

Kisah penceramah dan pendakwah bernama PU Abu memang menjadi perhatian ramai.

Memang teruk juga PU Abu kena kecam dengan netizen. Sehingga ada dakwaan yang mengatakan kononnya dia telah mengabaikan bekas isteri iaitu Ain Afini yang sedang sarat mengandung tujuh bulan.

Pencetus Ummah (PU) Abu telah menepis dakwaan berkenaan.

Menerusi muat naik baru di Instastory, PU Abu memberitahu dia telah memperuntukkan sejumlah wang kepada bekas isteri sebagai nafkah dan urusan menyediakan kelengkapan bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

Ini tulisnya:

“Program hari ini… penggambaran dengan Hlive, tengok rumah dan kemudian beli barang baby. Yeay!,”

“Saya telah memberikan wang berjumlah hampir RM10,000 kepada bekas isteri untuk urusan nafkah dan barang-barang baby. Harap maklum,”

Ini tulisnya di IG:

Perkongsian mengenai isu kelengkapan bayi itu dilihat sebagai reaksi balas PU Abu terhadap netizen yang mengecamnya kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai bekas suami dan bapa kepada anak yang bakal dilahirkan.

Orang ramai sebelum ini meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungi fasa akhir kehamilan seorang diri.

Ini antara komen netizen:

“Ni tak ada kerja muat naik gambar. Barang kelengkapan baby dah beli ke belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja,”

kemudian, apabila PU Abu terbaca salah satu komen ‘pedas’ yang ditinggalkan, PU Abu hanya membalas ‘okay’ berserta emoji ciuman.

Kes rumah tangga PU Abu mula diperkatakan apabila bekas isteri bernama Ain mendedahkan pendakwah itu menceraikannya ketika sarat mengandung disebabkan kehadiran orang ketiga.

Individu yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga mereka itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu yang dikenali sebagai Hana Azraa.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here