Saya dah tengok video tu, saya tiada six pack! – Aiman Tino

Penyanyi sedang mengecap populariti iaitu Aiman Tino kini sedang diduga dan diuji melalui satu kontrvoersi.

Apabila nama sudang berada di puncak, mungkin ada yang cuba untuk jatuhkannya. Satu video panas telah menjadi viral dan dikatakan lelaki dalam video itu mirip dengan Aiman Tino.

Kini, Aiman Tino telah tampil menafikan sekeras-kerasnya dirinya terlibat dalam video berkenaan miripnya yang mula viral sejak beberapa hari lalu.

Penyanyi berumur 21 tahun ini menyatakan dia berasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang cuba mecalarkan namanya dalam industri hiburan tanah air.

Dedahnya, ini bukan kali pertama dia berdepan dengan fitnah dan dakwaan yang sengaja dicipta untuk mencemarkan nama baiknya.

Aiman yang popualr dengan lagu seperti Permata Cinta, Kurela Dibenci, dan Ku hanya sayang padamu berkata dia dah tengok video berkenaan dan ternyata bentuk badannya lain dari dirinya.

Ini komen Aiman Tino: (via MHE TV)

“Jujurnya, saya baru menonton video tersebut pagi tadi. Jelas sekali, fizikal saya dan individu tersebut jauh berbeza. Perut saya tidak berotot sepertinya, tiada six pack!

“Susun atur bilik yang didakwa sama, itu kreativiti manusia menggunakan aplikasi suntingan. Semua itu boleh edit,”

“Saya sendiri terkejut dengan pelbagai fitnah yang ditabur dan tidak berasas. Sudah-sudahlah fitnah saya,”

Dalam pada itu, Aiman juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya masih ada pihak yang berterusan menyebarkan fitnah tak berasas itu.

“Memang saya tertekan apabila berdepan kontroversi ini. Namun sokongan dan doa peminat semua menjadikan saya lebih kuat,”

Aiman Tino merupakan penyanyi muda yang mula mengukuhkan namanya sebagai penyanyi popular setanding dengan penyanyi muda yang lain seperti Khai Bahar, Haqiem Rusly, Ismail Ezzany, dan Asad Mokhtar.

Sumber: MHE TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here