“Saya juga terkejut, terperanjat Nabil dan Neelofa seakan menghalau saya”

0
26999

Satu kontroversi telah timbul di set rancangan MeleTop apabila pelawak Joe Aziz dilihat seperti dihalau oleh pengacara MeleTop.

Ternyata tindakan Nabil Ahmad dan Neelofa dilihat seakan-akan menghalau pelawak Joe Aziz ketika program sedang berlangsung pada Selasa lalu menerima pelbagai reaksi dari orang ramai. Cara Nabil dan Neelofa itu telah dikecam teruk netizen.

Pelawak berkenaan dijemput pihak produksi program tersebut disebabkan memiliki wajah seperti penyanyi Faizal Tahir.

Rata-rata mereka kurang senang dengan cara layanan dua pengacara itu yang dianggap seperti tidak menghormati tetamu iaitu Joe Aziz yang telah diundang ke program tersebut ketika segmen bersama Faizal Tahir.

Kata Joe Aziz dia amat terkilan dengan cara dan layanan yang diberikan kerana beranggapan ada cara lebih baik untuk memintanya beredar dari segmen itu.

“Sebagai manusia biasa, sudah semestinya saya terasa hati dengan layanan yang diberikan oleh Nabil dan Neelofa.

“Saya agak terperanjat apabila Nabil dan Neelofa seakan-akan menghalau saya secara langsung dan boleh dikatakan seluruh rakyat Malaysia sedang menonton program itu.

“Sebenarnya saya tidak kisah sekiranya mereka sudah tidak memerlukan saya di segmen itu tetapi ada cara yang lebih baik untuk minta saya beredar”

Joe Aziz menerusi satu video berkata, pada awalnya pihak produksi memberitahu dia untuk hadir pada malam itu sebagai kejutan pada Faizal Tahir namun di saat-saat akhir berlaku perubahan.

Dirinya telah diminta untuk membuat kejutan kepada pengacara Nabil dan juga Neelofa, dan perkara ini ditukar di saat akhir. Apatah lagi Joe Aziz ingatkan dirinya sebenarnya jadi jemputan rupanya sebagai gimik sahaja.

“Pada mulanya, saya diminta hadir pada malam itu untuk beri kejutan pada Faizal Tahir tapi tiba-tiba pihak produksi buat perubahan, kejutan itu bertukar untuk pengacara pula.

“Sepatutnya, pihak produksi kena beritahu awal perkara itu supaya tidak ada berlakunya situasi sebegitu”

“Saya memahami situasi ketika itu Nabil dan Neelofa tidak tahu mengenai kehadiran saya untuk memberi kejutan kepada mereka. Memang kecil hati, tapi saya sudah maafkan.

Menerusi program tersebut, Joe muncul menjadi Faizal Tahir dalam segmen MeleTop menyebabkan dua pengacara itu terkejut melihat kehadirannya.

Apabila Faizal Tahir sampai, Nabil dan Neelofa meminta Joe untuk beredar daripada program itu secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, Joe memahami situasi pasangan pengacara itu yang tidak tahu mengenai kehadirannya pada malam itu untuk membuat kejutan kepada mereka berdua.

Ini video Joe Aziz:

Aku nak cerita pasal kes semalam kena halau dengan nabil dekat meletop live malam tadi..

Posted by Joe Aziz on Wednesday, 31 October 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here