“Saya tak boleh fikir” – Aliff Aziz hilang kata-kata

Tatkala ini nama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz sedang hangat di bicarakan. Rata-rata netizen mula panas hati dengan selebriti ini apabila didakwa curang lagi sekali kepada isterinya, Bella Astillah.

Pendedahan Bella Astillah membuatkan ramai terkejut apatah lagi ini kali kedua Aliff Aziz kantoi dengan pelakon gandingannya.

Apabila isu ini menjadi tumpuan, ramai nak tahu apa pula kenyataan dari Aliff Aziz.

Akhirnya Aliff Aziz menyatakan kepada semua agar memberi ruang tentang isu kecurangannya dengan pelakon wanita, Oktovia Manrose seperti yang didakwa isterinya, Bella Astillah di laman media sosial Instagram.

Menerusi bantuan Bella, portal BH Online telah berjaya menghubungi Aliff untuk memberi sedikit komen tentang ke sini.

Akan tetapi dikatakan, ALiff Aziz bagai hilang kata-kata.

Ini komen Aliff Aziz:

“Saya tak boleh cakap atau komen apa-apa. Saya tak boleh fikir”

Menerusi laporan satu lagi portal iaitu Harian Metro, Aliff mengambil langkah untuk berbincang dengan keluarganya sebelum memberi apa-apa kenyataan.

Ini komen Aliff lagi:

“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,”

Terdahulu, Bella Astillah telah mendedahkan Aliff Aziz telah berkelakuan pelik selepas bergandingan dengan Oktovia Manrose di dalam sebuah drama yang kini sudah selesai penggambarannya .

Kes Aliff Aziz dikatakan curang bukanlah kali pertama. Sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan pelakon, Afifah Nasir yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama juga. Ketika itu Aliff kantoi di pusat karaoke sekitar tahun 2017.

Perkara itu diketahui isterinya, Bella selepas mereka dilihat bersama menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah pusat karaoke berkenaan. Kes ini menjadi hangat dan mendapat liputan meluas.

Bella Astillah telah memaafkan suaminya dan memberi suaminya itu peluang kedua apatah lagi mereka baru menimang cahaya mata ketika itu.

Sumber: Harian Metro / Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here