“Saya tak buat apa dengan Aliff” – Gadis ini akui kenali Aliff di private party

0
6480

Seorang gadis remaja dikenali sebagai Nismell telah menjadi viral sekelip mata apabila menjadi sasaran orang ramai. Ini ekoran kisahnya dan gambarnya bersama seorang lelaki bersama penyanyi Aliff Aziz tersebar.

Kini Nismell akhirnya tampil menjelaskan kontroversi yang melandanya. Gadis yang dipercayai berusia 17 tahun itu menjelaskan perkara tersebut secara live di Instagram miliknya.

Kata Nismell, dia mengakui individu berkenaan adalah Aliff dan foto mesra yang memperlihatkan penyanyi itu tidak berbaju dirakam ketika mereka menghadiri sebuah parti tertutup.

Jelas gadis yang dikatakan baru berumur 17 tahun ini, penyebaran foto berkenaan dibuat oleh individu yang dipercayai kenalannya sendiri kerana masalah hutang.

“Mereka tak tahu apa yang saya rasa sebab tu main petik saja. Muka saya tebal sebab saya memang tak salah.

“Gambar tu sebenarnya kami jumpa kat private party abang angkat saya”

“Benda fasal hutang tapi kau nak kaitkan dengan gambar aku dengan Aliff,”

Selain itu gadis berkenaan kecewa dengan tindakan individu berkenaan menularkan foto mereka hingga boleh menjejaskan rumah tangga Aliff.

“Dia dah la ada masalah dengan keluarga, lagi nak kaitkan. Kalau nak viral, ambil gambar aku seorang dah la. Tak perlu kaitkan dia,”

Ini tulis Nismell di laman IG:

“Saya minta maaf sangat2 semua tu bukan salah saya dn semua ni dri kawan yg dengki sampai post mcm2 hingga la jadi isu sampai mcm ni klau rasa tak tahu kebenaran boleh tanya alif sendiri

Diimbas kembali, ini merupakan berita ketiga kes curang membabitkan Aliff dilaporkan media.

Pertama kali Aliff didapati curang pada tahun 2017 yang turut membabitkan pelakon Afifah Nasir apabila mereka didapati keluar berhibur di pusat karaoke, kemudian Aliff dituduh curang denagn Oktovia Manrose.

Sumber: IG Nesmell / mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here