“Saya tak mahu bawa watak ustaz Adam lagi..” – Syafiq Kyle

0
14771

Syafiq Kyle kini akui dia tak mahu lagi bawa watak seperti Ustaz Adam.

Pelakon ini mengimpikan watak yang memerlukan dirinya untuk pelbagaikan karakter selepas ini kerana tak nak peminat-peminatnya serta para penonton mula rasa bosan dengan lakonannya di TV.

Syafiq berkata lagi dia membuat keputusan berkenaan kerana tak mahu tampil dengan watak sama berulang-ulang kali.

Kini, kerana watak berkenaan, Syafiq Kyle mengakui penonton keliru dan terbawa-bawa watak Ustaz Adam dengan dirinya.

Ini komen Syafiq Kyle:

“Sejujurnya saya tunggu jalan cerita yang membolehkan seseorang pelakon itu mempelbagaikan karakter dia. Kalau watak seorang hero bercinta dengan heroin dan akhirnya mereka bahagia, itu biasa sahaja.

“Selepas ini saya mungkin akan lebih memandang jalan cerita berbanding watak yang akan dilakonkan.

“Ianya satu percubaan untuk karakter baharu yang saya belum ada lagi untuk tahun ini. Setakat ini saya hanya berlakon untuk drama yang berulang seperti Nur. Jadi belum ada karakter baharu yang saya nak tonjolkan,”

Kini, Syafiq Kyle berkata, dia terpaksa menjadi lebih selektif dalam pemilihan watak selepas ini agar peminat tidak terkeliru atau terbawa-bawa watak Ustaz Adam dalam drama Nur2.

“Saya nak kena jaga diri saya juga kerana rasanya tak bagus untuk saya bawa watak yang sama sahaja.

“Susah sebenarnya untuk saya berlakon watak jadi baik dan orang luar perlu faham skop kerja saya sebagai seorang pelakon.

“Mereka lebih terpengaruh dengan karakter dalam drama sehingga ada yang menyangka karakter di luar juga seperti Ustaz Adam sampai suatu masa itu saya terpaksa jelaskan, oh itu Ustaz Adam makcik..”

Berkata dengan lebih lanjut tentang watak Ustaz Hamadi lakonan Azhan Rani yang dilihat amat menonjol berbanding watak Adam dan watak lain dalam Nur, Syafiq Kyle menyatakan ia mempunyai sebab tertentu.

Ini komen Syafiq Kyle:

“Ia mungkin berdasarkan pendangan penonton tetapi bagi saya secara peribadinya, ia tidak menjadi masalah kerana watak Hamadi itu sendiri sangat membantu jalan cerita.

“Tapi saya rasa abang Izzat ada sebab tersendiri mengapa dia nak ketengahkan Hamadi dengan Aishah. Dia sudah jelaskan pada saya dan saya menerimanya.

“Pada awalnya tidak menjangka Nur 2 sekali lagi menjadi fenomena kerana semuanya berbalik pada penerimaan orang. Sama ada mereka terima atau tidak, selepas ini lebih banyak isu-isu berat akan ditayangkan, katanya.

Dalam pada itu Syafiq berkata, dia juga akan mempertimbangkan tawaran lakonan untuk Nur 3 atau filem.

“Walaupun orang ramai dah mahu Nur 3, saya ada sebab kenapa saya tak mahu bawa watak ustaz Adam lagi. Saya sependapat dengan Azhan Rani. Takut orang akan bosan kerana tetap jadi orang sama.

“Tapi kalau abang Ezat (Shahrulezad) ada skrip dan team yang bagus untuk Nur 3 atau Nur untuk difilemkan, saya akan mempertimbangkannya,”

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here