“Saya tak nak lelaki muda, mereka hanya mahu mengikis duit kita” – Mas Idayu

Kini dah hampir 10 tahun hidup seorang diri tanpa suami, penyanyi dangdut Mas Idayu akui hatinya kini dah terbuka untuk berkahwin sekali lagi.

Namun untuk kahwin semula, perkara ini bukanlah semudah itu. Ini apabila mas Idayu kena fikirkan perasaan anaknya apabila anaknya sendiri risau dirinya tidak disayangi lagi jika ibunya itu kahwin lain.

Boleh dikatakan anaknya sendiri seperti tak mahu ibunya kahwin sekali lagi.

Ini jelas Mas idayu:

“Cakapnya itu membuatkan saya terpaksa berfikir panjang. Sebelum ini, apabila bekas suami berkahwin semula, dia menangis. Katanya, papa sudah tidak sayang dia lagi apabila berkahwin lain hingga saya terpaksa menasihatkannya”

Dalam pada itu, Mas Idayu juga pelik mengapa hanya lelaki muda yang sering mendekatinya dan tidak lelaki yang lebih berusia yang selalunya lebih pandai menjaga seseorang itu dengan baik.

Ini respon dari Mas Idayu tentang hal ini:

“Agaknya mereka takut kerana menyangkakan saya garang. Takkanlah saya pula terpaksa mengejar lelaki? Saya sebenarnya lebih suka lelaki berusia kerana mereka akan menjaga dengan baik, selain membuat saya berasa lebih selamat”

“Tetapi, apabila ada yang mendekati, biasanya lelaki itu lebih muda. Saya tidak mahu lelaki muda kerana biasanya, golongan itu hanya mahu mengikis duit kita,”

Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan juga seorang pelakon, Aman Graseka pada tahun 1997. Bagaimanapun rumah tangga yang dibina berakhir selepas berpisah pada tahun 2006.

Mas Idayu mempunyai seorang anak perempuan bernama Nur Dayini dan umurnya kini sudah masuk belasan tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here